in

SAH Acara Pelancaran iPhone Dilancarkan Pada 13 September 2018

Seperti yang dijangka Apple bakal mengadakan Acara Khas Apple pada 13 September 2018 Jam 1.00 pagi waktu Malaysia.

Inti pati bagi acara kali ini padat dengan pelancaran beberapa produk baru dari Apple termasuklah tiga buah iPhone, Apple Watch Siri 4, tarikh pelepasan iOS 12 dan macOS, AirPower dan lain-lain.

Acara ini akan dipancarkan secara langsung melalui pelayar web Safari bagi peranti iOS dan macOS serta Google Chrome atau Microsoft Edge bagi pengguna PC.

Apple-i_Phone-event

Nampaknya iklan bagi Acara Khas Apple kali ini sangat ringkas dengan menggunakan slogan Gather Around sebagai simbolik untuk acara kali ini.

pulire-digital-crown-di-apple-watch

Apple Watch Digital Crown

Berdasarkan iklan yang ditunjukkan oleh Apple jelas merujuk kepada Digital Crown yang ada pada Apple Watch. Adakah Apple akan membuang Digital Crown pada model Apple Watch Siri 4?

Saya akan mengemaskini setiap berita berkenaan acara ini dari masa ke semasa. Oleh itu, bagi pengguna yang ingin membeli iPhone pada ketika ini amatlah digalakkan untuk anda menghentikan niat seketika.

SEKADAR PANDANGAN

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 2018 Bakal Dilancarkan Pada 13 September 2018?

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone Smart Battery Case

Gambar serta Spesifikasi Google Pixel 3 Tertiris