Nampaknya anda tidak perlu menunggu sehingga 12 September 2018 memandangkan dua keping gambar besar kemungkinan adalah gambar rasmi bagi iPhone 2018 dan Apple Watch Siri 3.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik ini merupakan dua model premium Apple iaitu iPhone XS dan iPhone XS Plus. Kedua-dua model ini bakal hadir dengan skrin 5.8inci dan 6.5inci AMOLED dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12.

Apple Watch Siri 4 juga turut tidak ketinggalan dimana ia hadir dengan 15% skrin lebih luas serta akan didatangkan dengan penambahbaikan pada spesifikasi.
Kesimpulannya, dengan gambaran yang lebih jelas ini maka anda boleh membuat keputusan sama ada mahu membelinya atau sebaliknya.


Acara Khas Apple ini akan berlangsung pada 12 September 2018 di Steve Jobs Teater.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber gambar :9to5Mac