in ,

Mengapa Apple Sering Gunakan Rekaan iPhone Yang Sama?

iPhone satu nama yang tidak asing bagi peminat telefon pintar. iPhone pertama kali dilancarkan adalah pada tahun 2007 dan pada 13 September 2018 Apple bakal menyambut ulang tahun iPhone yang ke-11.

Seperti diketahui umum, iPhone (2007) antara telefon pintar yang banyak mencetus fenomena baru dalam industri pembuatan telefon.

iphone_original_2007_01-100727595-orig

iPhone 2007

Rekaan pada iPhone (2007) boleh dianggap antara yang terbaik jika dibandingkan dengan jenama telefon yang popular pada ketika itu termasuklah Nokia, Blackberry dan Sony Ericsson.

Sejak dari itu Apple telah menambah baik setiap model iPhone yang dilancarkan setiap tahun. Bagi memastikan Apple mampu mengejar masa untuk pelancaran satu-satu model iPhone, mereka telah memperkenalkan dua versi iaitu versi Asas dan versi ‘S’.

Setiap versi yang dilancarkan mempunyai ciri-ciri khusus yang mana versi asas fokus kepada rekabentuk dan versi S lebih kepada spesifikasi.

Pengenalan versi Asas dan ‘S’ ini bermula pada iPhone 3G dan 3GS. Sejak itu kita boleh lihat perubahan ketara pada rekabentuk bagi iPhone 4, iPhone 5 dan iPhone 6.

iphone-1

Revolusi iPhone

Namun, sejak iPhone 6 dilancarkan Apple seperti ketandusan idea untuk menghasilkan rekaan baru bagi iPhone 7 dan iPhone 8.

Secara lazimnya Apple seharusnya memperkenalkan rekaan baru bagi iPhone 7 dan iPhone 8. Namun mengapa mereka masih menggunapakai rekaan iPhone 6?

Terdapat beberapa faktor yang mungkin menjadi sebab mengapa Apple mengekalkan rekaan bagi kedua-dua model ini. Antara sebab-sebabnya termasuklah:

PERUBAHAN KEPIMPINAN

jony-ive-headshot-press

Jony Ive

Tentu ramai mengenalinya bukan? Beliau adalah Jony Ive yang merupakan individu paling berpengaruh dalam merekabentuk produk Apple.

i_Mac-_G3

iMac G3

Antara produk terawal yang menaikkan nama beliau adalah iMac G3. Kerana rekaan yang futuristik inilah telah menyelamatkan Apple dari terus mengalami masalah hutang yang tinggi.

Lagi artikel di ifon.my  DeviceAtlas: iPhone 7 Plus Dinobat Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia

Sejak itu Steve Jobs telah memberi kepercayaan yang tinggi kepada beliau untuk merekabentuk produk-produk Apple termasuklah iPod, iPad , iPhone dan banyak lagi.

Jony Ive juga dipertanggungjawabkan untuk merekabentuk paparan antaramuka (user interface) bagi iOS 7.

Namun apakah kaitan beliau dalam topik yang dibincangkan ini?

Pada 2015 Tim Cook telah menawarkan jawatan baru kepada Jony Ive iaitu Ketua Pegawai Rekaan memandangkan beliau telah banyak menyumbang idea serta rekaan bagi produk Apple, perisian dan Apple Park.

Dan sejak dari itulah Jony Ive telah melepaskan tanggungjawab beliau dalam merekabentuk produk-produk Apple serta perisian bagi memberi masa untuk beliau dalam menyumbangkan idea pada pembangunan Apple Park.

Kerana sebab inilah mengapa iPhone dan iOS masih kekal sehingga sekarang tanpa perubahan yang ketara memandangkan Jony Ive telah menyerahkan tugas tersebut kepada Timbalan beliau.

Namun pada tahun 2017, Jony Ive telah mengumumkan untuk kembali dalam pembangunan produk Apple serta perisian.

Besar kemungkinan iOS 13 dan iPhone 2019 kelak akan mengalami perubahan ketara dalam rekabentuk serta paparan antaramuka.

KITARAN HIDUP

Faktor kedua, saya berpandangan Apple telah menggunakan kaedah sama yang digunapakai pada produk Mac Pro.

Jika anda pernah menonton WWDC 2013, Phill Schiller telah membuat sedikit snek peek bagi produk Mac Pro mereka.

Dalam video YouTube yang saya muat naik ini jelas menunjukkan bahawa Apple akan mengekalkan rekaan yang sama untuk satu tempoh yang panjang.

Ini berkemungkinan disebabkan penjimatan kos yang akan memberikan pulangan lumayan pada jangka panjang.

Tidak hairanlah mengapa Mac Pro sehingga ke hari ini masih mengekalkan rekaan yang sama walaupun ia hampir berusia 5 tahun dan begitu juga pada iPhone 7 hinggalah iPhone 8.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 Meningkatkan Prestasi iPhone 5S

LIAM

Jika anda pernah menonton Acara Khas Apple sebelum ini tentu sekali anda mengenali robot LIAM.

LIAM merupakan inovasi berteknologi tinggi di mana ia dapat membantu dalam mengitar semula iPhone yang telah rosak atau tidak digunakan.

Melalui proses ini Apple mampu menjimatkan kos bagi pembuatan telefon. Belum dapat dipastikan sama ada Liam akan menyumbang kepada pembangunan iPhone terkini atau sebelumnya.

Adakah dengan mengekalkan rekaan ini ia mempunyai hubung kait dengan LIAM?

PENGARUH IPHONE 6 DAN IPHONE 6 PLUS

i_Phone6-_Sp_Gry-_Pure_Angles_WW-_EN-_SCREEN
iPhone 6

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus antara model yang pertama kali diberi nafas baru dimana pihak Apple telah meningkatkan saiz skrin kepada 4.7inci dan 5.5inci.

iPhone 6 dan iPhone 6 Plus jugalah antara satu-satunya model yang mencapai jualan melebihi angka 200 juta unit. Ini menjadikan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus telefon pintar paling popular di dunia.

Oleh yang demikian, Apple mungkin berpandangan dengan mengekalkan rekaan yang sama seperti iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ia dapat mengekalkan momentum jualan yang tinggi.

Jika dilihat dari segi rekod, iPhone 7, iPhone 7Plus dan iPhone 8, iPhone 8 Plus masih mencatatkan jualan yang tinggi walaupun ia tidak mampu mencapai jualan melebihi 200 juta unit seperti yang berlaku pada iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Konklusinya, saya berpandangan Apple akan menggunakan rekaan iPhone X dalam tempoh beberapa tahun lagi disebabkan faktor yang dinyatakan di atas.

Namun, sekiranya Apple mahu terus kekal sebagai telefon pintar paling popular di dunia. Jony Ive harus merangka strategi baharu dalam merekabentuk iPhone yang terkini seperti yang dibuat pada model iPhone 3G, iPhone 4, iPhone 5 dan iPhone 6.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Melepaskan iOS 12 Public BETA 10 Bagi Mengatasi Masalah Notifikasi.

Apple Memulakan Program Penukaran Logic Board Bagi iPhone 8 Secara PERCUMA.