Sesuatu yang telah dijangka apabila iOS 11 telah dikemaskini sebanyak 85% sejak ia dilancarkan pada tahun lepas.
Semasa acara World Wide Developer Conference 2018, Craig Federigi telah memaklumkan kepada umum sebanyak 81% iOS 11 telah dipasang setakat Jun 2018, namun pada September 2018 angka ini telah meningkat kepada 85%.
Bagi iOS 10 pula ia masih menguasai sebanyak 10% dan 5% bagi versi sebelumnya.
Berdasarkan laporan ini jelas menunjukkan bahawa iOS 11 masih menjadi antara iOS paling diminati oleh pengguna berdasarkan laporan yang dikeluarkan.
Walau bagaimanapun, saya berpandangan angka tersebut bukanlah mencerminkan bahawa iOS 11 adalah sistem operasi paling diminati.
Hakikatnya penggunaan iOS tiada pilihan memandangkan mereka tidak boleh menurun taraf ke iOS sebelumnya. Sekiranya Apple membenarkannya, saya menjangkakan peratusan iOS 11 di pasaran tidak akan mencapai 85% seperti sekarang.
Ini dibuktikan dengan masalah yang dihadapi pada iOS 11 yang merupakan antara iOS paling bermasalah sejak iOS pertama dilancarkan suatu masa dulu.
Ini dibuktikan dengan jumlah kemaskini yang tertinggi dicatat berbanding versi sebelumnya. Tidak hairanlah mengapa Apple memperkenalkan iOS 12 yang hanya memfokuskan kepada prestasi pada model sebelumnya terutama sekali iPhone 5S.
Konklusinya, walaupun peratus iOS 11 sangat tinggi namun ia tidak mencerminkan bahawa sistem operasi tersebut diminati oleh pengguna.
Saya menjangkakan peningkatan besar akan berlaku pada iOS 12 dalam jangka masa pendek memandangkan sistem operasi ini mendapat maklum balas positif dikalangan pengguna yang telah menggunakannya.
SEKADAR PANDANGAN