Memandangkan produk iPhone yang masih terjual di pasaran terlalu banyak. Saya berpandangan iPhone SE, iPhone 6S dan iPhone 6S Plus bakal ditamatkan penjualan selepas pelancaran iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.
iPhone SE
iPhone SE merupakan model yang memfokuskan 4 inci dan merupakan kesinambungan dari iPhone 5S. Satu laporan dari Ming Chin Kuo juga pernah menyatakan bahawa iPhone SE bakal ditamatkan sebaik pelancaran iPhone 2018.
iPhone 6S dan iPhone 6S Plus, bakal menerima nasib yang sama seperti iPhone 6 memandangkan model ini telah lama berada di pasaran.
Dijangka model ini masih dijual di Pusat Jualan Apple dengan harga yang rendah sama seperti iPhone 6. Jika dilihat harga iPhone 6 pada ketika ini dijual pada harga RM1,099.00.
Dengan ini saya menjangkakan harga iPhone 6S, iPhone 6S Plus dijual pada tanda harga bawah RM1899.00 dan iPhone SE bawah RM1,300.00.
SEKADAR PANDANGAN