in

Purata Harga Jualan iPhone Terpakai Dan Keadah Penetapan Harga Jual Dan Beli

Sejak akhir-akhir ini saya menerima banyak pertanyaan dari netizen berhubung harga pasaran bagi iPhone terpakai. Ramai dikalangan Netizen merupakan pengguna yang ingin menjual dan membeli iPhone terpakai tersebut.

Namun berapakah harga pasaran bagi iPhone terpakai? Hakikatnya tiada fakta atau laporan khusus yang menjelaskan peratus susut nilai bagi sesebuah iPhone.

Namun jika dilihat dari segi trend harga iPhone terpakai, ia dapat menoktahkan bahawa iPhone antara satu-satunya model paling sedikit peratus susut nilai berbanding peranti pintar Android.

Berikut merupakan harga pasaran mengikut perspektif saya sebagai penulis blog ifon.my.

iphone6splus-spacegray

1- iPhone 6s dan iPhone 6s Plus
Tahun pelancaran: 26 September 2015
Ditamatkan jualan : 13 September 2018
Status: Telah Ditamatkan Pengeluaran

Secara dasarnya iPhone 6s dan iPhone 6s Plus telah ditamatkan jualan. Namun masih terdapat beberapa Penjual Apple yang sah menjual model ini.

Berikut anggaran harga maksimum bagi iPhone terpakai mengikut variasi storan dalaman.

iPhone 6s 32GB / RM1,300.00 ke bawah
iPhone 6s 128GB / RM1,700.00 ke bawah
iPhone 6s Plus 32GB / RM1,400.00 ke bawah

Ini bermakna jika anda mahu tetapkan harga maksimum ia harus menepati kriteria berikut:

1- Masih mempunyai warranti (-10%)
2- Kondisi terbaik (-15%)
3- Aksesori belum guna atau keadaan baik(-5%)
4- Kotak masih baik(-2%)
5- Kapasiti Maksimum bateri 85% ke atas(-5%).

Jika tidak, harga harus diturunkan mengikut keadaan.

Contoh iPhone 6s 32GB
– Warranti dah habis (-10%)

RM1,300.00 x 90%= RM 1,170.00

Maka harga jual bagi iPhone 6s 32GB terpakai adalah RM1,170.00.

refurb-iphone7plus-black

2- iPhone 7 dan iPhone 7 Plus
Tahun pelancaran: 17 September 2016
Status: Masih Dijual

Lagi artikel di ifon.my  Apple Memulakan Program Penukaran Logic Board Bagi iPhone 8 Secara PERCUMA.

Berikut anggaran harga maksimum bagi iPhone terpakai mengikut variasi storan dalaman.

iPhone 7 32GB / RM1,700 ke bawah
iPhone 7 128GB / RM2,000 ke bawah

iPhone 7 Plus 32GB / RM2,000 ke bawah
iPhone 7 Plus 128GB/ RM 2,300 ke bawah

Ini bermakna jika anda mahu tetapkan harga maksimum ia harus menepati kriteria berikut:

1- Masih mempunyai warranti (-10%)
2- Kondisi terbaik (-15%)
3- Aksesori belum guna atau keadaan baik(-5%)
4- Kotak masih baik(-2%)
5- Kapasiti Maksimum bateri 85% ke atas(-5%).

Jika tidak, harga harus diturunkan mengikut keadaan.

Contoh iPhone 7 32GB
– Warranti dah habis (-10%)
– Kondisi Calar/Kemek (-15%)

RM1,300.00 x 75%= RM 1,275.00

Maka harga jual bagi iPhone 7 32GB terpakai adalah RM1,275.00.

iphone8-family-1

3- iPhone 8 dan iPhone 8 Plus
Tahun pelancaran: 23 September 2017
Status: Masih Dijual

Berikut anggaran harga maksimum bagi iPhone terpakai mengikut variasi storan dalaman.

iPhone 8 64GB / RM2,300.00 ke bawah
iPhone 8 256GB / RM2,800.00 ke bawah

iPhone 8 Plus 64GB / RM2,600.00 ke bawah
iPhone 8 Plus 256GB/ RM3,100.00 ke bawah

Ini bermakna jika anda mahu tetapkan harga maksimum ia harus menepati kriteria berikut:

1- Masih mempunyai warranti (-10%)
2- Kondisi terbaik (-15%)
3- Aksesori belum guna atau keadaan baik(-5%)
4- Kotak masih baik(-2%)
5- Kapasiti Maksimum bateri 85% ke atas(-5%).

Jika tidak, harga harus diturunkan mengikut keadaan.

Contoh iPhone 8 256GB
– Warranti dah habis (-10%)
– Kondisi Calar/Kemek (-15%)

RM2,800.00 x 75%= RM 2,100.00.

Maka harga jual bagi iPhone 8 256GB terpakai adalah RM2,100.00.

u-10168683

4- iPhone X
Tahun pelancaran: 3 November 2017
Status: Ditamatkan pengeluaran

Berikut anggaran harga maksimum bagi iPhone terpakai mengikut variasi storan dalaman.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dihentikan Jualan

iPhone X 64GB / RM3,400 ke bawah
iPhone X 256GB / RM3,900 ke bawah

Ini merupakan harga maksimum bagi iPhone terpakai mengikut pandangan saya.

Ini bermakna jika anda mahu tetapkan harga maksimum ia harus menepati kriteria berikut:

1- Masih mempunyai warranti (-10%)
2- Kondisi terbaik (-15%)
3- Aksesori belum guna atau keadaan baik(-5%)
4- Kotak masih baik(-2%)
5- Kapasiti Maksimum bateri 85% ke atas(-5%).

Jika tidak, harga harus diturunkan mengikut keadaan.

Contoh iPhone X 64GB
– Warranti dah habis (-10%)

RM3,400 x 90%= RM 3,090.00

Maka harga jual bagi iPhone X 64GB terpakai adalah RM3,090.00.

Nota:

Bagaimana penetapan % dibuat?

1- Warranti
Jika iPhone anda masih ada warranti kebarangkalian penjual tukar alat ganti tiruan adalah rendah.

2- Kondisi
Kondisi iPhone sangat penting kerana ia menunjukkan penggunaan seseorang itu. Kondisi iPhone juga antara syarat untuk anda melayakkan sebarang program dari Apple. Contohnya penukaran bateri.

3- Aksesori
Aksesori iPhone sangat mahal, jika mereka bagi kabel atau aksesori yang tidak cukup ia akan menambah kos anda. Lebih baik cari yang dah cukup.

4- Kotak
Kotak hakikatnya bukanlah penting. Tapi antara salah satu faktor untuk anda menarik pembeli semasa menjual kelak.

5- Kapasiti Maksimum
Kapasiti maksimum akan menunjukkan sejauh mana pengguna itu menggunakan iPhone. Semakin tinggi kapasiti maksimum. Menunjukkan penggunaan itu sangat cakna soal penjagaan bateri.

Konklusinya harga jualan bagi iPhone terpakai masih tinggi jika dibandingkan model lain di pasaran. Pengiraan ini mengambil kira 20% susut nilai semasa.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Switch Malaysia Melancarkan Program Trade In Bagi Peranti iOS Atau Android Lama Untuk iPhone Terkini

Hari Ini Dalam Sejarah: Scott Forstall Dipecat Oleh Apple