in

Harga iPhone 6s Dan iPhone 6s Plus Turun

Jika kelmarin Pengedar sah Apple di Malaysia mula menyelaras harga iPhone X di mana anda boleh mendapatkan model ini pada harga RM4,299.00 bagi storan 64GB manakala RM4,999.00 bagi 256GB.

Terkini pengedar sah Apple mula menurunkan harga bagi iPhone 6s dan iPhone 6s Plus. Berdasarkan semakan saya di laman jualan Machine Malaysia, harga iPhone 6s dijual pada harga RM1,749.00 bagi storan dalaman 32GB dan RM2,199.00 bagi 128GB.

Bagi iPhone 6s Plus pula Machine Malaysia menjualnya pada harga RM1,980.00.

Switch Malaysia pula, mereka hanya menjual iPhone 6s Plus sahaja iaitu pada harga RM1,799.00.

Bagi harga iPhone SE, Switch Malaysia mula menamatkan jualan di laman rasmi mereka. Walau bagaimanapun, pihak Machine Malaysia masih menjual model ini pada harga RM1,650.00 bagi 32GB dan RM1,999.00 128GB.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Tidak Lagi Menyertakan Sambungan Lightning Ke Picu Audio Pada iPhone Terkini.

iPhone 6s dan iPhone 6s Plus merupakan antara telefon pintar pertama yang mengguna teknologi 3D Touch. Fungsi ini hakikatnya memberi pengalaman baharu bagi anda yang suka multitask.

iPhone 6s dan iPhone 6s Plus dilancarkan pada 26 September 2015 dan mula dijual di Malaysia pada 16 Oktober 2015.

Cip yang hadir pada kedua-dua model ini menjanjikan 70% lebih prestasi CPU dan 90% prestasi GPU berbanding iPhone 6.

Tidak hairanlah saya mengalakkan anda untuk membeli iPhone 6s atau iPhone 6s Plus berbanding iPhone 6.

Sekiranya anda kurang berkemampuan, model ini masih relevan untuk dibeli memandangkan cip yang hadir pada model ini mempunyai prestasi yang baik dan mampu bertahan untuk satu hingga dua tahun akan datang.

Lagi artikel di ifon.my  Harga iPhone 8/Plus dan iPhone X Dijangkan Turun Pada 13 September 2018

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Anda Boleh Pra Tempah iPhone Xs Dan iPhone Xs Max Bermula Sekarang Dengan Harga Sekitar RM4,137.35 Sahaja.

Samsung Hilang Hak Sebagai Pembekal Tunggal Bagi Skrin OLED