Kurang beberapa minit tadi laman jualan Apple telah ditutup bagi membolehkan pihak Apple mengemaskini produk terbaru yang akan dilancarkan beberapa jam sahaja lagi.
Hal ini berkemungkinan untuk memberi laluan kepada Acara Khas Apple yang akan berlangsung pada 13 September 2018 Jam 1.00 pagi.
Saya menjangkakan terdapat beberapa pelarasan harga bagi beberapa model iPhone terdahulu yang mana iPhone 8 dan iPhone 8 Plus bakal diturunkan harga sekitar RM450 hingga RM500 dari harga pasaran.
Selain itu, iPhone X mungkin ditamatkan penjualannya walau bagaimanapun besar kemungkinan ia masih dijual di Pusat Jualan Apple di Malaysia pada harga sekitar RM 4,400.00.
Harga bagi iPhone 7, iPhone 7 Plus bakal diselaraskan sekali lagi dan dijangka dijual pada harga RM2,121.00 ke atas.
Saya juga berpandangan iPhone 6S dan iPhone 6S Plus bakal ditamatkan penjualannya sama seperti iPhone 6.
Apa pun, sama-sama kita lihat kemaskini pada produk dan harga dalam tempoh beberapa jam sahaja lagi.
SEKADAR PANDANGAN