in

Ulasan Penuh Inti Pati Acara Khas Apple Pada 13 September 2018 – Bab Terakhir

Steve-_Jobs-_Theater_Hero-_A

Tinggal kurang beberapa jam sahaja lagi Apple bakal membuka tirai bagi melangsungkan Acara Khas Apple yang akan diadakan di Steve Jobs Theater.

Acara ini akan dipancarkan secara langsung di pautan Apple Special Event. Acara ini boleh ditonton oleh semua pengguna iOS 10 dan ke atas menerusi pelayar web Safari pada iPhone,iPad, iPod dan iPad.

Bagi pengguna Machintos pula, anda boleh menonton menerusi pelayar web Safari dengan sistem operasi macOS Sierra 10.12 dan ke atas.

Tidak ketinggalan untuk pengguna Android atau PC anda boleh menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozilla Firefox dan Chrome pada komputer riba atau meja anda.

Pembukaan bagi Acara Khas ini dimulakan dengan tontonan video selama dua hingga tiga minit yang memfokuskan produk Apple.

timcook-967356926
Tim Cook

Seperti biasa Tim Cook bakal membuka acara dengan menerangkan beberapa perkara berkaitan Apple termasuklah sambutan pada iPhone X.

Tim Cook juga besar kemungkinan akan memaklumkan berhubung pembukaan Apple Town Square di beberapa buah negara. Apple is great itulah kata-kata yang akan dikeluarkan oleh bagi menyingkatkan ucapan beliau.

Tim Cook dalam masa yang sama akan membuat pengumuman berhubung sambutan Apple Watch Siri 3 dan memperkenalkan Apple Watch Siri 4.

Bagi meneruskan Acara Tim Cook telah menjemput Jeff Williams bagi memperincikan berkenaan Apple Watch Siri 4

Jeff-_Williams

Jeff Williams

Jeff Williams akan memulakan ucapan dengan menyatakan beberapa fungsi baharu yang ada pada Apple Watch Siri 4 termasuklah skrin yang lebih luas serta sokongan terhadap electrocardiography (ECG).

Apple Watch Siri 4 juga bakal bakal hadir dengan dua model iaitu LTE dan GPS. Harga bagi kedua-dua model ini dijangka dijual pada harga USD 329 bagi model GPS dan USD 399 bagi LTE.

Lagi artikel di ifon.my  Rekabentuk iPhone 2018 Dan Apple Watch Siri 4 Tertiris

Untuk pasaran tempatan pula, Apple Watch Siri 4 hanya dijual untuk versi GPS sahaja pada harga RM1,461.00 dan dijangka berada di pasaran sekitar awal Oktober ini.

Bagi menutup acara ini, Jeff Williams bakal mengumumkan tarikh pelancaran bagi watchOS 5.

Bagi meneruskan acara Tim Cook telah memanggil Phill Schiller untuk memperkatakan berhubung Apple AirPower.

phil-schiller

Phill Schiller

Seperti diketahui bahawa Apple AirPower telah tertangguh selama setahun. Belum dapat dipastikan mengapa ia terpaksa mengambil masa yang lama untuk dijual di pasaran.

Pada esok pagi, Phill Schiller bakal mengumumkan tarikh penjualan rasmi bagi Apple AirPower yang bakal menyokong iPhone, Apple Watch dan AirPods dalam satu peranti.

Saya menjangkakan harga jualan bagi Apple AirPower adalah sekitar RM800 hingga RM900.00 dan akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

iphone-3501507_1920-1

Phill Schiller juga dalam masa yang sama akan mengumumkan tarikh pelancaran bagi iOS 12, macOS Mojave dan tvOS 12.

Bagi meneruskan acara ini, Tim Cook kembali semula ke pentas untuk memperkatakan berhubung iPhone XS dan iPhone XS Max.

Bagi memperincikan berhubung produk terbaru ini, beliau telah menjemput Phill Schiller untuk kembali ke pentas bagi melancarkan iPhone XS dan iPhone XS Max.

iphone-xs_1

Seperti biasa Phill Schiller akan memperincikan spesifikasi yang hadir pada kedua-dua model ini yang mana iPhone XS hadir dengan skrin 5.8 inci Super AMOLED dan iPhone XS Max pula hadir dengan skrin 6.5inci Super AMOLED.

Lagi artikel di ifon.my  Memo Terkini Dari Pengalisis Apple Ming Chin Kuo Bagi iPhone, iPad, Apple Watch Dan MacBook

Kedua-dua model ini bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12 yang mana ia memberi peningkatan prestasi sebanyak 40% berbanding cip sebelumnya.

Model ini juga bakal hadir dengan RAM sebesar 4GB dan didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu emas, perak dan Space Grey.

Kedua-dua model ini akan hadir dengan storan 64GB dan 256GB manakala 512GB hanya eksklusif pada model iPhone XS Max.

Apple-_Events-_September-2017-_Craig-_Federighi-_Face-_ID-demo-009

Craig Federigi

Bagi sesi demonstrasi Phill Schiller akan menjemput Craig Federigi ke pentas untuk memperkenalkan ciri-ciri bahru yang hadir pada model ini.

Selain itu, pihak Apple juga telah menjemput wakil dari syarikat permainan video untuk menguji permainan video pada model tersebut.

iPhone XS dan iPhone XS Max besar kemungkinan akan dijual di pasaran Malaysia sekian Oktober ini dengan harga permulaan sekitar RM4,150.00 hingga RM5,999.00.

i_Phone-_XS-_Rumor-gear-patrol-lead-full-new

Bagi menutup acara ini, Phill Schiller sekali lagi akan mengumumkan model ketiga mereka iaitu iPhone XR yang mana model ini memfokuskan kepada harga yang lebih rendah.

iPhone XR dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12, serta hadir dengan skrin 6.1 inci LCD dan didatangkan dengan pelbagai pilihan warna.

iPhone XR hadir dengan storan 64GB dan 256GB dan dijangka dijual pada harga permulaan RM3,442.00. Model ini dijangka berada di pasaran pada pertengahan Oktober ini.

Konklusinya, acara kali ini padat dengan pengenalan model terkini yang mana iPhone akan menjadi fokus utama pada pelancaran kali ini.

Ini hanyalah pandangan saya sahaja berhubung inti pati majlis. Semua bakal terbongkar pada jam 1.00 pagi esok.

Selamat menonton

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Acara Apple Special Event juga bakal ditayangkan di Twitter

Laman Jualan Apple Ditutup Bagi Memberi Laluan Pada Acara Khas Apple