in

Samsung Hilang Hak Sebagai Pembekal Tunggal Bagi Skrin OLED

Seperti diketahui bahawa Samsung merupakan satu-satunya pembekal bagi skrin OLED bagi iPhone X. Memandangkan Samsung pembekal tunggal bagi komponen ini, mereka telah menjana keuntungan yang tinggi hasil dari pembekalan skrin OLED kepada Apple.

rs_1024x759-180912125101-1024-apple-iphone-xs

Sebab utama mengapa Samsung menjadi pembekal tunggal disebab hanya mereka sahaja yang mampu memenuhi keperluan yang diperlukan oleh Apple dalam pembangunan iPhone X.

Nampaknya kedudukan Samsung sedikit terjejas disebabkan LG telah berjaya memenuhi keperluan yang dipohon oleh Apple.

Ini bermakna Samsung telah kehilangan hak sebagai pembekal tunggal bagi skrin OLED. Maklumat ini hakikatnya telah dikongsi oleh The Korean Herald yang mengesahkan bahawa LG telah membekalkan skrin OLED bagi iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan

The sources said LGD’s sixth-generation flexible OLED panels recently passed a series of Apple’s quality tests. In addition, the display company is preparing to begin mass-production of OLED panels at two manufacturing lines of its E6 plant, which have been operational only for a test run until recently

Berdasarkan laporan tersebut, LG nampaknya sedang berusaha untuk memenuhi permintaan dari pihak Apple memandangkan permintaan terhadap iPhone Xs dan iPhone Xs Max akan mendapat sambutan yang tinggi.

Lagi artikel di ifon.my  Pra Tempah iPhone Xs Kurang Mendapat Sambutan?

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Harga iPhone 6s Dan iPhone 6s Plus Turun

Pra Tempah iPhone Xs Kurang Mendapat Sambutan?