Ini mungkin satu berita yang kurang sedap didengari oleh seluruh peminat Samsung di mana satu seorang wanita melaporkan bahawa Samsung Galaxy Note 9 meletup secara tiba-tiba di dalam beg tangan beliau.
Mangsa Diane Chung dalam tuntutan mahkamah telah memaklumkan bahawa beliau telah menggunakan peranti tersebut pada 4 September 2018 (waktu tempatan)
Semasa menggunakannya didapati telefon pintar tersebut mengalami kepanasan melampau menyebabkan beliau menghentikan sebarang aktiviti dalam telefon pintar tersebut.
Sebaik sahaja telefon pintar tersebut dimasukkan ke dalam beg tangan beliau, satu bunyi kedengaran pada telefon pintar tersebut dan beliau terlihat asap keluar dari beg tangannya.
Beliau juga cuba untuk memadamkan api yang membakar telefon pintar tersebut dengan menggunakan air.
Samsung sebelum ini pernah mengalami masalah yang sama pada Samsung Galaxy Note 7 sebelum ini menyebabkan mereka terpaksa menarik kembali produk terbaru di pasaran dunia.
Setakat ini tiada laporan rasmi yang dikeluarkan oleh Samsung. Namun berdasarkan kenyataan Samsung sebelum ini , bateri yang hadir pada Samsung Galaxy Note 9 adalah selamat dan telah menjalani pelbagai ujian di dalam makmal.
Mungkin kes yang berlaku pada wanita tersebut adalah kes terpencil. Namun sekiranya ia merebak ke beberapa buah negara, nampaknya Samsung terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat masalah tersebut.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: CNET