Bersama-sama pelancaran Apple Watch Series 4, Apple turut memperlihatkan Watch Faces atau grafik muka mereka yang terbaru. Beberapa grafik muka yang menarik dan mendapat perhatian umum adalah api, air dan asap.
Tetapi tahukah anda, kebanyakan grafik tersebut dihasilkan tanpa menggunakan CGI? Ia sebenarnya dihasilkan menggunakan praktikal efek, bermaksud untuk grafik muka api, mereka betul-betul menggunakan api untuk menghasilkan grafik muka tersebut.
Alan Dye iaitu Naib Presiden Rekabentuk Antaramuka di Apple mengatakan, grafik yang dapat dilihat pada Apple Watch Series 4 seperti api, air, cecair besi dan asap tidak dihasilkan menggunakan komputer, sebaliknya menggunakan elemen asli yang dirakam menggunakan kamera resolusi tinggi. Ia dihasilkan di makmal rekabentuk Apple.
Ini juga didedahkan oleh Cool Hunting di dalam video penghasilan grafik muka Apple Watch Series 4 baru-baru ini. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.