in

iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr Telah Mendapat Pengesahan SIRIM

Nampaknya satu berita gembira buat semua peminat Apple apabila iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr telah mendapat pengesahan SIRIM Malaysia.

180921-apple-iphone-xs-sirim-database

Ihsan SoyaCincau

Berdasarkan maklumat yang terpapar pada pangkalan data SIRIM, ketiga-tiga model terbaharu ini telah mendapatkan pengesahan dari pihak SIRIM dan berkemungkinan Apple akan melancarkan iPhone ini tidak lama lagi.

Jika dilihat pada iklan yang dikeluarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi, besar kemungkinan ia mengukuhkan lagi ramalan bahawa iPhone terbaru ini akan berada di pasaran dalam masa terdekat.

Setakat ini belum dapat dipastikan berapakah harga jualan bagi model ini. Namun berikut merupakan anggaran harga bagi ketiga-tiga model ini berdasarkan ramalan saya secara peribadi.

Lagi artikel di ifon.my  Ujian Ketahanan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max
apple2
Harga tidak termasuk 5% cukai SST

Saya menjangkakan pihak Apple hanya melancarkan iPhone Xs dan iPhone Xs Max terlebih dahulu sebelum mereka melancarkan iPhone Xr sekitar penghujung Oktober atau November ini.

Intihanya, kepada peminat Apple sudah tiba masanya untuk anda bersiap sedia dengan wang yang cukup untuk menjadi pengguna terawal memiliki iPhone terbaharu ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ujian Ketahanan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max

iTworld Bakal Mengadakan Jualan Penghabisan Stok Dengan Harga Bermula RM750 Bagi iPhone SE 16GB