Umum mengetahui bahawa pasaran bagi jam pintar tidaklah sekuat telefon pintar. Namun Industri ini telah menarik minat beberapa pengeluar jam tangan mewah termasuklah Tag Heuer yang mengeluarkan jam pintar paling mahal di dunia.
Jika dilihat pada laporan yang dikeluarkan oleh CounterPoint, Apple Watch masih mendominasi pasaran jam tangan pintar dengan penguasaan sebanyak 41% berbanding fitbit dan lain-lain.
Apa yang menjadi persoalan adakah wearOS semakin terpinggir. Ini kerana bukan semua jam pintar menyokong wearOS yang dihasilkan oleh Google.
Hari ini Armani Exchange (A|X) telah melancarkan jam pintar pertama mereka yang diberi nama Armani Exchange Connected.
Jam pintar hadir dengan fungsi pengesanan kadar denyutan jantung, Google Pay,GPS dan boleh dibawa bersama ketika berenang.
Jam pintar ini juga turut menyokong Google Assistant dan skrin AMOLED 1.19inci. Jam pintar ini hadir dengan sistem operasi wearOS dan mula dijual hari ini dengan harga permulaan $295.00 atau sekitar ~RM1,299.00 di butik yang terpilih seluruh dunia.
SEKADAR PANDANGAN
Sumber: Armani Exchange