in

iPhone Xs Mempunyai Capaian LTE Dan WIFI Yang Pantas Berbanding iPhone X

Seperti diketahui Apple telah melancarkan tiga model iPhone dimana iPhone Xs dan iPhone Xs telah memasuki pasaran.

Sebelum ini SpeedSmart telah mengeluarkan satu laporan bahawa capaian LTE bagi iPhone Xs lebih pantas berbanding iPhone X yang dilancarkan pada 2017.

image2

Seperti diketahui Apple telah memperkenalkan tiga inovasi baharu bagi teknologi radio pada iPhone Xs, ini termasuklah 4×4 MIMO,QAM dan LAA.

MIMO atau dipanggil sebagai Multiple Input Multiple Output bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan capaian radio. Dengan pengenalan 4×4 MIMO bermakna iPhone Xs mempunyai dua kali ganda kapasiti berbanding iPhone X.

Dengan perkembangan yang baik ini sedikit sebanyak ia mengelakkan pengguna dari berdepan dengan masalah capaian LTE dan WIFI yang sering menghantui Pengguna.

Walaupun iPhone Xs mempunyai capaian LTE yang lebih baik. Namun Apple masih menyekat sebarang kemaskini bagi aplikasi melebihi 150MB.

Lagi artikel di ifon.my  Penyanyi Hip-Hop Drake Membelanjakan RM1,633,000.00 Untuk Sebuah Pelindung iPhone X

Secara peribadi saya melihat dengan pengenalan kepada teknologi baharu ini ia bukanlah pra syarat untuk anda menggantikan iPhone yang baharu memandangkan capaian LTE dan WIFI bagi iPhone X masih baik.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone X, iPhone Xs & iPhone XS Max: What’s with the notch?

A|X Memperkenal Jam Pintar Terbaharu Armani Exchange Connected