in ,

iPhone Xs Max Mempunyai Tahap Kepantasan Lebih Baik Berbanding Samsung Galaxy Note 9

Setiap pengguna telefon pintar mempunyai citarasa yang tersendiri. Sama ada mereka memilih Android atau iOS semua bergantung kepada minat masing-masing.

Namun, kebanyakan pengguna membeli telefon pintar bertaraf flagship adalah untuk mendapatkan prestasi yang terbaik.

Terkini, laman YouTube SuperSaf TV telah berkongsi satu ujian pada iPhone Xs Max dan Samsung Galaxy Note 9. Berdasarkan ujian Geekbench 4 iPhone Xs Max memperoleh skor 11,528 bagi multi-core berbanding Samsung Galaxy Note 9 yang hanya memperoleh skor 9001.

Bagi single-core iPhone Xs Max memperoleh skor 4840 manakala skor 2701 bagi Samsung Galaxy Note 9 .

Video berdurasi 7 minit 7 saat ini memaparkan ujian kepantasan bagi kedua-dua telefon pintar tersebut. Berdasarkan ujian Samsung Galaxy Note 9 mempunyai tahap kepantasan yang tinggi dalam membuka aplikasi media sosial berbanding iPhone Xs Max.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone X Ibarat iPhone 2G & iPad Generasi Pertama

Walau bagaimanapun, bagi membuka aplikasi permainan iPhone Xs Max mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding Samsung Galaxy Note 9.

Jika dilihat secara kasar, tiada perubahan ketara bagi kedua-dua telefon pintar ini dan bagi saya kedua-duanya mempunyai prestasi yang amat memuaskan.

iPhone Xs Nax dikuasakan dengan cip pemprosesan 2.49Ghz A12 Bionic hexagon-core, manakala Samsubg Galaxy Note 9 dikuasakan oleh 2.7 Ghz Exynos octa-core.

samsung_galaxy_note9_template_2048x
Samsung Galaxy Note 9

Secara peribadi saya menganggap ujian membuka aplikasi secara serentak ini baik, namun kita juga harus memahami bahawa setiap aplikasi akan menyimpan data cache yang membantu sesebuah telefon pintar tersebut membuka dengan lebih pantas.

Sekiranya sebelum ini penguji tersebut telah mencuba pada salah satu telefon pintar, bermakna data yang diperolehi adalah kurang signifikan.

Lagi artikel di ifon.my  Ramalan Harga Jualan iPhone Xs, iPhone Xs Max, iPhone Xr Dan Apple Watch Siri 4 (GPS) Di Malaysia

Walau bagaimanapun, saya menganggap Penguji tersebut mengetahui berhubung data cache yang hadir pada kedua-dua telefon pintar ini.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Huawei Yakin Cip Pemprosesan Kirin 980 Mengatasi Apple A12 Bionic

Google Pixel 3 XL Tertiris Lagi