in

Waze dan Google Maps sedia menyokong Apple CarPlay untuk iOS 12

Kepada pemilik kenderaan yang mempunyai Head Unit yang menyokong Apple CarPlay, anda pasti teruja dengan berita ini. Aplikasi Waze dan Google Maps telah menambah sokongan iOS 12, membolehkan anda menggunakan aplikasi ini untuk navigasi harian anda.

Ini menggantikan Apple Maps yang umum mengetahui tidak sehebat Waze dan Google Maps. Sebelum ini, hanya Apple Maps yang dibenarkan untuk diintegrasi dengan Apple CarPlay.

carplay2
Kredit: Afiq Khairuddin

Beberapa ahli group Apple User Group (Malaysia) di Facebook dan pengguna CarPlay di Malaysia berkongsi kegembiraan mereka menggunakan Waze dan Google Maps di Head Unit kenderaan masing-masing. Dapat disahkan di sini bahawa ia berfungsi dengan baik di Malaysia tanpa sekatan atau ketidak serasian dengan sistem Head Unit di Malaysia.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12.1 BETA 3 Sedia Untuk Dikemaskini
carplay1
Kredit: Effendi Yusof

Kepada yang tidak mempunyai Head Unit yang menyokong CarPlay di kenderaan anda, anda boleh memasang Head Unit ini di kedai aksesori kenderaan di sekitar kawasan anda. Pastikan Head Unit yang anda ingin pasang di kenderaan anda mempunyai label “Works with Apple CarPlay” seperti di bawah.

image

Kajian kami mendapati harga Head Unit yang menyokong Apple Carplay adalah dalam lingkungan RM1000 ke atas. Beberapa jenama terkenal Head Unit yang menyokong Apple Carplay boleh didapati di Lazada dan Shopee dengan membuat carian ‘Apple Carplay’ di laman web ini.

Adakah Apple Memperkenalkan iPhone Xr Untuk Melariskan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max?

Kos Penghasilan iPhone Xs Max 256GB Adalah Sekitar RM1,834.00