in ,

Adakah Apple Memperkenalkan iPhone Xr Untuk Melariskan iPhone Xs Dan iPhone Xs Max?

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan berhubung tajuk utama yang telah saya nyatakan di atas.

Saya mengakui bahawa ramai pengguna bersetuju tujuan Apple memperkenalkan iPhone Xr bagi memaksa pengguna membeli iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Namun adakah saya bersetuju?

Secara peribadi saya kurang bersetuju dengan jawapan yang diberikan berhubung strategi Apple melancarkan iPhone Xr adalah untuk melariskan jualan iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

iphone_xr_yellow

Umum mengetahui bahawa iPhone Xs dan iPhone Xs Max merupakan telefon flagship terbaharu mereka. Tidak keberatan jika saya katakan iPhone Xr merupakan iPhone bajet dari Apple.

Walaupun harga jualan iPhone Xr dikatakan agak tinggi iaitu $749.00 (~RM3,599.00). Apple hakikatnya telah mengubah tanda harga asas bagi telefon flagship mereka bermula $999.00 (~RM4,799.00).

Hakikatnya iPhone berstatus bajet ini bukanlah pertama kali dilancarkan. Apple sebelum ini pernah melancarkan iPhone 5C pada tahun 2013 bersama-sama dengan iPhone 5S.

Dari segi jualan, iPhone 5S dan iPhone 5C mencatat jualan sebanyak 9 juta unit dalam tempoh 3 hari. Walau bagaimanapun, jualan iPhone 5S tiga kali ganda berbanding iPhone 5C.

green-iphone5c

iPhone 5C mendapatkan maklum balas yang negatif dikalangan pengguna. Ini turut dibuktikan dengan laporan yang dikeluarkan oleh CNBC di mana iPhone 5s menguasai 64% jualan mengatasi 27% iPhone 5C dan 9% iPhone 4S.

Ini bermakna iPhone 5C boleh dikatakan gagal menarik perhatian pengguna untuk membeli model bajet ini.

Namun mengapa saya ramalkan jualan iPhone Xr tinggi sedangkan telah tercatat bahawa iPhone bajet sebelum ini gagal?

Lagi artikel di ifon.my  Sah iPhone XS, iPhone XS Max Dan iPhone XR Hadir Dengan Storan Berbeza

Umum mengetahui bahawa harga iPhone Xs dan iPhone Xs Max boleh dikatakan sangat tinggi. Jika kita merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh The Verge pada 23 September 2018, jualan iPhone Xs Max telah berjaya memintas iPhone Xs dari segi penjualan.

iphone-xs-max-gold-sku-header_2

Ini membuktikan bahawa pengguna mula menumpukan kepada iPhone Xs Max berbanding iPhone Xs. Secara peribadi saya berpandangan kebanyakan pengguna yang membeli iPhone Xs Max adalah dikalangan pengguna iPhone X sebelum ini.

Selain itu terdapat beberapa faktor lain yang memungkinkan jualan iPhone Xr akan meningkat. Ini termasuklah kesanggupan pengguna iPhone 7/Plus kebawah menaiktaraf ke iPhone model terkini.

Hakikatnya pengguna iPhone 5s dan iPhone 6/Plus masih ramai. Kebanyakan dari mereka besar kemungkinan akan memilih sama ada iPhone 8/Plus atau iPhone Xr.

Saya mengakui bahawa paparan resolusi yang hadir pada iPhone Xr hanyalah 828 x 1792 pixel sahaja. Namun itu bukanlah halangan bagi pengguna memilih iPhone Xr disebabkan harga jualan yang lebih berpatutan.

Apple hakikatnya telah menarik perhatian pengguna iPhone dengan rekaan sama seperti iPhone X. Namun mereka telah menambah variasi warna bagi menarik pengguna untuk membelinya.

Antara sebab utama yang boleh saya simpulkan adalah harga iPhone Xr yang lebih berpatutan dari iPhone Xs dan iPhone Xs Max.

Hakikatnya iPhone 5C gagal mendapat sambutan disebabkan perbezaan harga antara iPhone 5C dengan iPhone 5S sangat kecil.

Jika dilihat iPhone 5C dijual pada harga RM1,999.00 manakala iPhone 5S RM2,349.00 perbezaan sebanyak RM350.00 tidak menjadi halangan bagi pengguna membeli iPhone 5S berbanding iPhone 5C.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Tidak Lagi Menyertakan Sambungan Lightning Ke Picu Audio Pada iPhone Terkini.

Bagi kes iPhone Xr jurang harga boleh dikatakan agak tinggi iaitu dianggarkan sekitar RM1,200.00. Hakikatnya pengguna iPhone bukan semuanya berkemampuan namun mereka lebih cenderung memilih iPhone Xr disebabkan faktor harga dan rekaan yang sama seperti iPhone X.

311224-1280

iPhone Xr bakal dijual secara rasmi di beberapa buah negara terpilih pada 27 Oktober 2018. Bagi memastikan pengeluaran iPhone Xr memenuhi permintaan, pihak Apple telah merombak strategi asal mereka dimana sebelum ini 50% hingga 60% pengeluaran dihasilkan oleh Pegatron dan 30% Foxconn.

Namun laporan yang dikeluarkan oleh Cultofmac memaklumkan bahawa Apple telah merombak dengan memberi 50% kepada Foxconn dan 50% kepada Pegatron atas faktor kekurangan pekerja di Pegatron.

Intihanya, saya menjangkakan jualan iPhone Xr akan mendapat sambutan yang tinggi dan menjadi salah satu telefon pintar paling tinggi jualan bagi suku pertama 2019. Manakala iPhone Xs Max akan menjadi model kedua tertinggi dalam kelasnya.

Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah iPhone terbaharu ini akan berada di pasaran tempatan. Namun saya menjangkakan pengguna di Malaysia akan memilih iPhone Xr berbanding iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone 8/Plus.

Saya akan perincikan mengapa pengguna memilih iPhone Xr berbanding iPhone 8/Plus walaupun resolusi iPhone Xr sangat mengecewakan pada penulisan akan datang.

Seperti biasa ini SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Google Pixel 3 XL Tertiris Lagi

Waze dan Google Maps sedia menyokong Apple CarPlay untuk iOS 12