in ,

iPhone Xs Dijual Pada Harga Bermula RM4,799.00

Seperti diketahui Apple mula menjual iPhone Xs dan iPhone Xs Max beberapa hari lepas. Jika dilihat pada sambutan yang berlaku di Apple Store Singapura cukup menoktahkan bahawa pengaruh iPhone dikalangan pengguna di Asia masih tinggi.

Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah Apple bakal memasarkan iPhone Xs dan iPhone Xs Max di pasaran tempatan. Namun saya menjangkakan pertengahan Oktober sebagai tarikh penjualnya.

Seperti biasa walaupun di Malaysia iPhone Xs dan iPhone Xs Max masih belum dijual secara rasmi. Ramai dikalangan penjual telefon pintar mula membelinya di beberapa buah negara sebelum ia menjualnya di pasaran tempatan.

Namun apa yang membimbangkan saya adalah harga jualan bagi kedua-dua model ini tidak dikawal dan mampu mencecah sehingga RM9,000.00.

Lagi artikel di ifon.my  Acara Apple Special Event juga bakal ditayangkan di Twitter

Terkini kedai Satu Gadget Dot Com telah menjual iPhone Xs 64GB dengan harga RM4,799.00 sahaja.

FB_IMG_1537681838209

Secara peribadi saya melihat harga tawaran yang dibuat oleh kedai ini sangat berpatutan dan tidak membebankan pengguna.

Selain itu mereka turut menjual iPhone Xs Max 256GB pada harga RM6,299.00 sahaja.

FB_IMG_1537681814600

Warranti bagi kedua-dua iPhone ini hakikatnya di jamin di Malaysia. Bermakna tiada masalah untuk anda untuk menghantar ke Pusat Servis Apple sekiranya IPhone anda berdepan dengan masalah.

Tuntasnya iklan ini bukanlah berbayar, cuma saya terpanggil untuk berkongsi kepada peminat di Malaysia agar berhati-hati ketika membeli iPhone Xs dan iPhone Xs Max. Bagi saya harga yang dijual di kebanyakan kedai dan insta shop sangat tinggi dan membebankan pengguna.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Menurunkan Harga Jualan iPhone XS Max, iPhone XS, iPhone XR Dan iPhone 8/Plus Di China

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah Saiz Storan 16GB Masih Releven?

iPhone X, iPhone Xs & iPhone XS Max: What’s with the notch?