in

Apple Mengesahkan Bahawa Isu Bengkok Pada iPad Pro 2018 Adalah Perkara Normal

Sesuatu yang agak mengejutkan apabila Apple mengeluarkan kenyataan bahawa produk iPad Pro 2018 yang mengalami isu bengkok adalah satu perkara normal.

Kenyataan ini dibuat disebabkan beberapa pengguna melaporkan bahawa iPad Pro 2018 mengalami masalah bengkok sebaik membuka dari kotak.

macrumors

Menurut kenyataan Apple yang dikeluarkan oleh The Verge, masalah ini berlaku semasa proses penyejukan yang melibatkan komponen besi dan plastik.

The bend is the result of a cooling process involving the iPad Pro’s metal and plastic components during manufacturing, according to Apple

Menurut Apple juga masalah bengkok ini tidak memberi sebarang masalah atau risiko kepada iPad Pro 2018.

Secara peribadi, Apple sepatutnya lebih serius dalam memastikan produk yang mereka hasilkan sempurna dan tanpa ada cacat cela.

Lagi artikel di ifon.my  iPad Pro Produk Terbaik Bagi Profesional

18mre51fyj2rbpng

Steve Jobs sendiri semasa pelancaran iPhone 4 mengakui bahawa terdapat sedikit kecacatan pada rekaan iPhone yang mana ia merupakan satu inovasi baharu dalam teknologi antena.

Berbeda dengan iPad Pro, ia merupakan kecacatan yang disengajakan dan seolah-olah Apple tidak mahu bertanggungjawab terhadap kecacatan tersebut.

Isu kualiti bukanlah satu perkara baharu, sebelum ini iPhone 6S dan iPhone 7 turut terkesan dengan isu kosmetik yang menyebabkan kecacatan pada kerangka iPhone itu sendiri.

scuffback1

Apa yang mendukacitakan adalah pengguna tidak boleh menuntut sebarang warranti walaupun mereka menjaga iPhone tersebut dengan baik.

Tidak keberatan jika saya katakan bahawa Apple pada ketika ini menumpukan kuantiti lebih dari kualiti.

Dengan isu kabel lightning yang mudah terkopek, isu kosmetik, iOS yang sering bermasalah dan terbaharu iPad Pro 2018 yang mengalami masalah bengkok telah menuntaskan bahawa Apple sudah jauh terpesong dari landasan asal.

Lagi artikel di ifon.my  Cara Menonton Acara Khas Apple Pada Malam Ini

Konklusinya, berhati-hati semasa membeli iPad Pro 2018. Nasihat saya jika anda mahu membeli produk ini, terus membukanya di Pusat Jualan dan sekitarnya didapati iPad Pro 2018 bengkok terus buat penukaran segera.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 12.1.3 BETA Sedia Untuk Dikemaskini

John Giannandrea Dinaikkan Pangkat Sebagai Timbalan Presiden Kanan Di Apple