in

iOS 12.1 BETA 2 Menyelesaikan Masalah Pengecasan Pada iPhone Xs Max

Jika anda pernah membaca penulisan sahabat saya di laman ini berhubung masalah pengecasan pada iPhone Xs Max.

Terkini Apple dikatakan telah menyelesaikan masalah ini dengan melepaskan iOS 12.1 BETA 2 kepada pengguna berdaftar.

Perkara ini telah disahkan oleh Rene Ritchie dalam ciapan beliau di Twitter yang memaklumkan bahawa Apple telah menyelesaikan masalah pada kemaskini iOS 12.1 BETA 2.

Screenshot_20181003-030350

Sekiranya terdapat pengguna di Malaysia yang menghadapi masalah seperti ini. Saya menasihatkan anda supaya mendaftarkan diri sebagai pengguna Public BETA. Pendaftaran ini adalah percuma bagi melayakkan anda mengemaskini versi ini lebih awal.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak mahu mengambil sebarang risiko, saya menjangkakan penghujung Oktober ini sebagai tarikh pelancaran bagi iOS 12.1 secara rasmi kepada pengguna.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone- Beli Secara Tunai Atau Pakej Dari Syarikat Telekomunikasi?

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Hadir Dengan 70 Emoji Baharu

Microsoft Melancarkan Surface Pro 6 Dan Surface Laptop 2