in ,

iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone Xr Mana Lebih Berbaloi?

Tinggal dua hari sahaja lagi Apple Malaysia akan membuka pra tempah bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr iaitu pada 19 Oktober 2018 jam 3.01petang.

Screenshot-20181017-221308

Berdasarkan tinjauan rambang saya, sambutan bagi ketiga-tiga model ini sedikit lemah berbanding sebelumnya atas faktor harga yang sangat premium. Walau bagaimanapun, saya menjangkakan sambutan bagi iPhone Xr sedikit tinggi berbanding dua model flagship baharu Apple memandangkan harga jualan bermula pada tanda harga RM3,599.00.

Screenshot-20181017-221448

Sekiranya anda sering menonton ulasan yang dibuat oleh YouTuber di laman rasmi mereka, rasanya tiada apa yang ingin saya kongsikan lagi memandangkan spesikasi bagi ketiga-tiga model ini telah diulas dengan panjang lebar.

Walau bagaimanapun, ulasan bagi iPhone Xr masih belum diulas secara lebih terperinci memandangkan mereka belum memiliki produk ini.

Ramai dikalangan anda sering bertanyakan pada saya berhubung model yang sepatutnya dibeli. Secara peribadi semua bergantung kepada kedudukan kewangan anda sama anda mampu atau sebaliknya.

Sekiranya anda mampu, tidak salahnya anda membeli iPhone Xs atau iPhone Xs Max memandangkan model ini antara yang tercanggih dalam kelasnya.

Namun sekiranya anda bercadang untuk membeli iPhone 8/Plus, saya amat menggalakkan anda untuk membeli iPhone Xr berbanding model terdahulu.

iphone8-gold-select-2018-1

Secara dasar harga jualan bagi iPhone Xr dan iPhone 8/Plus adalah seperti berikut.
iPhone Xr 64GB / RM3,599.00
iPhone 8 64GB / RM 2,899.00
iPhone 8 Plus 64GB / RM3,299.00

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Jangka Hayat Bateri iPhone Memberi Kesan Jika Anda Bermain Aplikasi Permainan?

Jika dilihat secara kasar perbezaan harga antara ketiga-tiga iPhone ini hanyalah RM300.00 hingga 700.00.

Namun adakah perlu membeli iPhone Xr?

Secara peribadi saya mengalakkan anda membeli iPhone Xr berbanding iPhone 8 atas beberapa sebab iaitu:

iphone-4s-siri

iOS
Anda harus akui bahawa Apple sering menghasilkan fungsi-fungsi baharu eksklusif pada model terkini. Ini termasuklah Animoji dan tetapan yang ada pada fungsi kamera.

Jika anda pernah memiliki iPhone 4 dan iPhone 4S, anda boleh lihat Apple cuba membezakan kedudukan kedua-dua peranti ini dengan memperkenalkan SIRI pada iOS 5.

Hal ini boleh dibandingkan antara iPhone 8 dan iPhone X yang dikeluarkan tahun lepas dimana fungsi Animoji hanya eksklusif pada iPhone X.

Sekiranya anda membeli iPhone 8/Plus, secara tidak langsung anda tidak berpeluang merasai fungsi yang baharu setiap kali Apple memperkenalkan iOS terkini.

Umum mengetahui bahawa iOS 12 boleh dianggap kitaran terakhir bagi UI/UX, jika sebelum ini mereka merombak kembali iOS 7 tidak mustahil iOS 13 akan mengalami situasi yang sama.

Sekiranya berlaku, saya yakin pelbagai fungsi dan paparan antaramuka yang lebih menarik akan diperkenalkan. Tidak mustahil iPhone X dan ke atas sahaja yang akan menerima semua fungsi yang ada pada iOS 13.

Face-IDTA-846110596

windows screenshot program

Teknologi
Secara peribadi saya sebenarnya kurang berminat dengan fungsi Face ID memandangkan ia kadang-kadang merumitkan keadaan. Walau bagaimanapun, saya sebagai pengguna harus akur dengan pengenalan teknologi ini dan saya anggap iPhone 8/Plus antara model terakhir yang menggunakan Touch ID.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xs Max Mempunyai Tahap Kepantasan Lebih Baik Berbanding Samsung Galaxy Note 9

Sekiranya Apple mengembangkan Face ID ke tahap yang lebih tinggi. Tidak mustahil mereka boleh memperkenalkan fungsi selain Animoji pada masa hadapan.

iPhone Masa Depan
Jika anda pernah menonton Acara Khas Apple pada September 2017, Apple sendiri menggunakan tagline “say hello to the future”. Ini bermakna Apple telah merangka startegi baharu bagi iPhone terkini. Tidak mustahil suatu ketika nanti pengalaman kita menggunakan iPhone X dan ke atas sangat berlainan dengan iPhone 8/Plus.

Konklusinya

Saya akui bahawa iPhone Xr menggunakan resolusi 1792×828 dengan 326ppi berbanding iPhone 8 Plus yang mempunyai resolusi 1920×1080 dengan 401ppi. Namun, ia bukanlah satu faktor besar dikalangan peminat Apple untuk membeli model ini memandangkan harga antara kunci utama.

Saya akui bukan semua pengguna mampu untuk membeli iPhone Xs dan iPhone Xs Max, namun sekurang-kurangnya memiliki iPhone Xr pengguna itu mampu bergerak seiring dengan kemajuan inovasi Apple masa hadapan.

Sekiranya anda ingin membeli iPhone X, saya juga mengalu-alukan memandangkan perbezaan antara iPhone X dengan iPhone Xs/Max tidak ketara bezanya. Cuma Apple secara rasmi telah menghentikan pengeluaran iPhone ini. Adalah amat sukar untuk anda mendapatkan model ini pada masa akan datang.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja memandangkan terdapat pertanyaan dikalangan pengguna iPhone.

Seperti biasa, ia hanyalah SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Harga Rasmi Apple Watch Siri 4 Bermula Pada Tanda Harga RM1,749.00

Kebangkitan Apple