in

iPhone Xr Bakal Menjadi Model Terlaris Di Pasaran

Hari ini Apple secara rasmi telah membuka pra tempah bagi iPhone keluaran terkini mereka iaitu iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr bermula jam 3.01 petang ini.

Pengguna boleh membuat pra tempah di laman rasmi Apple Malaysia, Celcom, Digi, Maxis, Machine Malaysia, Switch Malaysia dan banyak lagi.

Harga jualan bagi ketiga-ketiga iPhone ini bermula RM3,599.00 (iPhone Xr), RM4,999.00 (iPhone Xs) dan RM5,399.00 (iPhone Xs Max).

Apa yang menarik untuk saya bincangkan hari ini adalah sambutan bagi iPhone Xr besar kemungkinan tinggi dikalangan rakyat Malaysia dan pengguna di seluruh dunia.

Jika sebelum ini jualan iPhone X mencatat sebanyak 12.7 juta unit bagi suku pertama 2018 . Saya berpandangan jualan bagi iPhone Xr akan mengalami peningkatan yang ketara dan mampu menjadi telefon pintar paling laris di dunia untuk suku pertama 2019.

IPhone-X-Chart-IHSM-2

(sumber: IHS Markit)

iPhone Xr dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12 Bionic, RAM berkapasiti 3GB, 6.1 inci paparan skrin dengan resolusi 1792 x 828 326ppi dan mempunyai kamera 12MP Wide Angle.

gsmarena-000-1

iPhone Xr juga mampu merakam video pada resolusi 4K dengan 24, 30 atau 60 frame per second. Apa yang menarik pada model ini adalah ia menggunakan Face ID sebagai kunci keselamatan menggantikan Touch ID.

Lagi artikel di ifon.my  Apple memperkenalkan iPhone Xr dengan 6 variasi warna

iphone-xr-select-static-201809-GEO-EMEA

iPhone Xr hadir dengan variasi warna menarik termasuklah kuning, putih, coral, hitam, biru dan produk merah (RED). Dari segi storan ia hadir dengan storan dalaman 64GB, 128GB dan 256GB.

Saya mengakui iPhone Xr mempunyai sedikit kekurangan termasuklah tiada lagi fungsi 3D Touch, Dwi Kamera, Skrin OLED dan resolusi 1792 x 828 namun ia bukanlah satu isu besar bagi pengguna iPhone.

Hakikatnya pihak Apple telah menyelesaikan beberapa masalah tersebut dengan memperkenalkan haptic feedback sama seperti 3D Touch, kamera yang menyokong machine learning yang mampu menghasilkan imej bokeh sama seperti yang dipraktikkan pada kamera Google Pixel serta Liquid Retina HD Display yang mampu menghasilkan paparan yang lebih baik walaupun mempunyai resolusi yang sedikit rendah.

Saya menjangkakan pengguna iPhone 5S dan iPhone 6/Plus antara pengguna yang paling banyak menaiktaraf iPhone mereka ke model ini.

Apple cuba membezakan ketiga-tiga model ini dengan menjadikan iPhone Xs dan iPhone Xs sebagai model flagship dan iPhone Xr sebagai model asas.

download

iPhone Xr jika dilihat secara kasar sama seperti iPhone 5C suatu masa dulu, walaupun sambutan iPhone 5C kurang menggalakkan, ini tidak memberi sedikit masalah pada iPhone Xr memandangkan ia antara model paling berkuasa di pasaran dalam kelasnya.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 12 Laris Di Malaysia

Kerana itulah saya amat mengalakkan pengguna agar membeli iPhone Xr berbanding iPhone 8/Plus. Namun sekiranya anda mempunyai sumber kewangan yang lebih, amatlah digalakkan untuk membeli iPhone Xs atau iPhone Xs Max.

Cuma pesanan saya jika anda memiliki iPhone 6S dan ke atas, rasanya adalah lebih baik anda terus menggunakan model tersebut sehinggalah ia dianggap kurang releven lagi.

Namun bagi pengguna iPhone 5S dan iPhone 6/Plus saya amat menggalakkan anda menaiktaraf ke iPhone Xr sekiranya anda mempunyai bajet yang mencukupi. Jika tidak, iPhone 7/Plus masih releven untuk dibeli dan harga jualanya lebih rendah berbanding iPhone Xr.

Hakikatnya tiada alasan kukuh untuk pengguna menaiktaraf iPhone setiap kali Apple melancarkan produk terbaharu. Cuma seperti yang saya nyatakan sebelum ini terdapat dua jenis Pengguna iaitu menggunakan iPhone sehingga rosak atau mengikut trend semasa.

Intihanya, semua terpulang pada diri anda memandangkan minat seseorang itu sangat unik dan kita tidak boleh mempertikaikan tindakannya.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Bakal Mengadakan Acara Khas Pada 30 Oktober 2018

Sambutan iPhone Xr Lemah?