in

Apple Bakal Mengadakan Acara Khas Pada 30 Oktober 2018

Akhirnya setelah sekian lama berteka-teki Apple secara rasmi mengumumkan tarikh bagi Acara Khas di Brooklyn Academy of Music, Howard Gilman Opera House pada 30 Oktober 2018 jam 10.00 pagi (waktu New York)ipad20181-1530707461
Antara produk yang dijangka akan diperkenalkan termasuklah iPad Pro yang hadir dengan skrin OLED dan bakal menyokong Face ID buat kali pertama. iPad Pro ini juga besar kemungkinan akan dikuasakan dengan cip pemprosesan A12X Bionic dan hadir dengan RAM sebesar 4GB. colorware Selain itu Apple juga berkemungkinan akan melancarkan Macbook Air baharu. Umum mengetahui bahawa Apple sekian lama tidak mengemaskini produk Macbook Air, saya berpandangan Apple mungkin tidak menggunakan nama Macbook Air dan menggantikan dengan nama lain. airpower-0 Selain itu juga saya menjangkakan Apple mengumumkan tarikh jualan bagi AirPower setelah tertangguh lebih setahun. AirPower ini besar kemungkinan akan dijual di Malaysia sekitar RM899.00. mac-pro-select-hero-201711 Selain itu, jika dilihat pada kenyataan Phill Schiller pada tahun lepas. Apple besar kemungkinan akan memperkenalkan MacPro edisi baharu yang besar kemungkinan mempunyai rekaan yang serba baharu serta spesikasi yang terkini. MMEF2 Satu produk yang saya rasa mungkin diperkenalkan adalah AirPods 2. Namun berdasarkan kenyataan beberapa penganalisis, besar kemungkinan ia akan dilancarkan pada tahun hadapan. Acara Khas kali ini merupakan yang terakhir buat Apple untuk tahun 2018. Jika dilihat dari segi sejarah, Apple tidak pernah mengadakan sebarang acara pada bulan November dan Disember.  Saya akan mengemaskini inti pati majlis ini dari masa ke semasa. SEKADAR PANDANGAN
Lagi artikel di ifon.my  Cara Menonton Acara Khas Apple Pada Malam Ini

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone- Beli Secara Tunai Atau Pakej Dari Syarikat Telekomunikasi?

iPhone Xr Bakal Menjadi Model Terlaris Di Pasaran