Umum mengetahui bahawa pra tempah bagi iPhone Xr telah bermula sejak semalam di beberapa buah negara termasuklah Malaysia.
Berdasarkan tinjauan saya di laman jualan rasmi Apple Malaysia, kesemua model iPhone Xr masih boleh di pra tempah walaupun beberapa versi storan pada iPhone Xr (RED) dan hitam mengalami perubahan pada tarikh penghantaran.
Walau bagaimanapun, semakan saya pada laman jualan Celcom dan Digi, hampir semua model iPhone Xr telah kehabisan stok.
Namun saya tidak boleh mengesahkan laman jualan di Pusat Jualan Apple memandangkan mereka belum memulakan pra tempah bagi model tersebut.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh 9to5mac, sambutan terdapat iPhone Xr dilihat sedikit lemah memandangkan stok iPhone Xr masih cukup untuk di pra tempah.
Walau bagaimanapun, pengalisis menjangkakan isu tersebut tidak akan menjejaskan ramalan mereka bahawa iPhone Xr bakal menjadi model terlaris di pasaran dalam tempoh 12 bulan.
Konklusinya, saya melihat rakyat Malaysia lebih cenderung membeli iPhone Xr di laman telekomunikasi berbanding Apple Malaysia.
Tidak dapat dipastikan mengapa mereka lebih memilih membeli disana. Namun saya dapat menjangkakan ia berkaitan dengan tawaran harga yang lebih rendah.
iPhone Xr bakal berada di pasaran pada 26 Oktober 2018. Pengguna yang kurang berminat untuk membuat pra tempah melalui atas talian. Anda boleh terus ke Pusat Jualan Apple bermula tarikh tersebut.
SEKADAR PANDANGAN