in ,

Phill Schiller – Maksud R Pada iPhone Xr

Jika anda peminat jenama Apple tentu sekali anda mengenali nama Phill Schiller yang merupakan Senior Vice President of Worldwide Marketing di Apple.

Beliau sering berada di pentas semasa Acara Khas bagi melancarkan produk terkini termasuklah iPhone, MacBook dan iPad.

iphonexrfeature

Chris Velazco dari Engadget telah berpeluang untuk menemuramah Phill Schiller bagi membincangkan berkenaan iPhone Xr.

Antara soalan utama yang ditanya kepada beliau adalah maksud R pada iPhone Xr dan ini merupakan jawapan yang dikeluarkan oleh beliau.

I love cars and things that go fast, and R and S are both letters used to denote sport cars that are really extra special.

Ini bermakna iPhone Xr merujuk kepada kepantasan seperti yang dipraktikkan oleh beberapa pengeluar kereta sport di dunia.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Mula Menjual Clear Case Bagi iPhone XR

Antara soalan kedua yang ditanya adakah penghasilan iPhone X membawa kepada lahirnya iPhone XS, iPhone Xs Max dan iPhone Xr. Berikut jawapan dari beliau

We had this technology we were working on for many years to be the future of the iPhone. It was a huge ask of the engineering team to get it to market last year, and they did. … We knew that if we could bring that to market and it was successful very quickly after that, we needed to grow the line and make it available to more people.

Phill Schiller juga memaklumkan bahawa penghasilan iPhone Xr adalah untuk menarik lebih banyak pengguna membeli model ini dan merasai pengalaman baharu hasil kreativiti mereka.

Berhubung kontroversi berkenaan paparan resolusi pada iPhone Xr. Ini jawapan beliau

I think the only way to judge a display is to look at it. …
If you can’t see the pixels, at some point the numbers don’t mean anything. They’re fairly arbitrary.

iPhone Xr telah memulakan pra tempah di 50 buah negara termasuklah Malaysia. Dari segi sambutan iPhone Xr boleh dikatakan akan agak baik jika dilihat pada kuantiti stok yang dipaparkan oleh beberapa buah syarikat telekomunikasi termasuklah Celcom dan Maxis.

Walaubagaimanapun, di laman jualan Apple Malaysia model ini masih banyak dan masih boleh di pra tempah sehingga kini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Sambutan iPhone Xr Lemah?

Kuo- Permintaan Bagi Pra Tempah iPhone Xr Pada Minggu Pertama Melepasi iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus