in

Switch Malaysia Melancarkan Program Trade In Bagi Peranti iOS Atau Android Lama Untuk iPhone Terkini

Hari ini Switch Malaysia yang merupakan Penjual Apple yang sah telah memuatnaik iklan di Twitter mereka bagi program trade in untuk peranti iOS atau telefon pintar Android lama kepada yang iPhone terbaharu.

Berikut merupakan senarai harga trade in yang ditetapkan oleh Switch Malaysia. Bagi iPhone 6 16GB harga yang ditetapkan sekitar RM285.00, iPhone 7 32GB RM665.00, iPhone 8 64GB RM1,045.00 dan iPhone X 64GB RM1,710.00.

Untuk senarai harga penuh boleh lihat di bawah.

Trade-In-Visual-i-OS-181027-002

Sekiranya anda pengguna telefon pintar Android, pihak Switch juga menerima beberapa model terpilih yang boleh dirujuk seperti dibawah.

Trade-In-Visual-i-OS-181027-02222

Jika dilihat pada kedua-dua senarai harga ini, hanya peranti iOS sahaja yang menerima trade in bagi iPad berbanding peranti Android yang hanya menerima telefon pintar sahaja.

Walau bagaimanapun, bukan semua peranti yang tersenarai di bawah akan diterima oleh pihak mereka. Terdapat beberapa syarat yang harus dipenuhi sebelum anda layak membuat trade in. Syarat-syaratnya adalah:

  1. Semua peranti akan diperiksa terlebih dahulu dan harga trade in mungkin berbeza seperti dalam jadual di atas bergantung kepada tahap kerosakan.
  2. Peranti pintar anda boleh dihidupkan, jika sebaliknya ia tidak akan diterima sama sekali.
  3. Anda harus mencabut Kad SIM, menyahaktifkan Find My iPhonr atau Google ID Lock sebelum menghantarnya.
  4. Pengguna hanya perlu membawa peranti pintar mereka sahaja tanpa perlu mambawa kotak atau aksesori.
  5. Lain-lain syarat rujuk Switch Malaysia
Lagi artikel di ifon.my  Apple Menerbitkan Video Tatacara Penggunaan e-SIM Pada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Konklusinya program ini sedikit sebanyak memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan iPhone terbaru pilihan mereka.

Memang tidak dinafikan harga trade in yang ditawarkan sangat rendah berbanding harga pasaran. Namun untuk pengguna yang berkerjaya ia satu inisiatif baik yang dilakukan oleh Penjual Apple yang sah.

Namun jika anda berpandangan harga yang ditawarkan ini kurang berpatutan, saya menasihatkan anda menjualnya di laman jualan seperti Mudah.my atau Caroursell.

SEKADAR BERKONGSI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone Xr Mempunyai Kapasiti Bateri Terbaik Dalam Kelasnya

Purata Harga Jualan iPhone Terpakai Dan Keadah Penetapan Harga Jual Dan Beli