in

Akhirnya iPhone 5 Diisytiharkan Sebagai Produk Vintaj Dan Usang

Setelah enam (6) tahun iPhone 5 berada di pasaran, akhirnya pihak Apple telah mengisytiharkan iPhone 5 sebagai produk vintaj di Amerika Syarikat dan usang di seluruh dunia.

Produk vintaj bermaksud produk yang tidak dikeluarkan dalam tempoh lima (5) tahun dan kurang dari tujuh (7) tahun.

Produk usang pula merupakan produk yang tidak dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) tahun dan tiada lagi perkhidmatan baik pulih dibuat oleh Apple tanpa pengecualian.

Dengan pengisytiharan ini, iPhone 5 berada dalam senarai model-model yang telah diumumkan sebelum ini termasuklah:

  1. iPhone
  2. iPhone 3G
  3. iPhone 3GS
  4. iPhone 4
  5. iPhone 4S

iPhone 5 merupakan iPhone generasi ke-6 dan dilancarkan pada 22 September 2012. Model ini telah berada di pasaran Malaysia pada 14 Disember 2012.

Lagi artikel di ifon.my  Kuo- Permintaan Bagi Pra Tempah iPhone Xr Pada Minggu Pertama Melepasi iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

iPhone 5 dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A6, RAM sebesar 1GB serta hadir dengan storan dalaman 16GB, 32GB dan 64GB.

iPhone 5 merupakan model pertama menggunakan skrin bersaiz 4 inci dengan resolusi 1,136 x 640. iPhone 5 dijual pada harga RM2,199 (16GB), RM2,499 (32GB) dan RM2,799(64GB).

iPhone 5 beroperasi menggunakan iOS 6 yang merupakan sistem operasi terakhir menggunakan rekaan skeuomorphic.

topic-iphone-5

Berdasarkan pemantauan saya di beberapa laman jual beli. Harga bagi iPhone 5 terpakai berlegar sekitar RM200.00 hingga RM500.00 bergantung kepada kondisi.

Sekiranya anda masih menggunakan model ini, simpanlah sebagai kenangan sekiranya anda peminat setia jenama Apple.

Rest in peace iPhone 5

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Bunyi Asal Iklan iPad Pro Dan Macbook Air

Apple A12X Mempunyai Skor Tertinggi Mengatasi Cip Pemprosesan Intel Core i7