in

Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr Akibat Permintaan Yang Lemah

Seperti dijangka Wall Street Journal hari ini telah melaporkan bahawa Apple telah mengurangkan pengeluaran bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr akibat permintaan yang lemah di seluruh dunia.

https-blogs-images-forbes-com-gordonkelly-files-2018-09-XS-Vs

iPhone Xr merupakan model paling banyak dikurangkan iaitu satu pertiga daripada 70 juta unit yang dijangka dikeluarkan bermula September hingga Februari 2019.

Ini bermakna sekitar 23.33 juta unit bakal dikurangkan oleh Apple yang memberi kesan besar terhadap prestasi kewangan mereka pada suku pertama tahun 2019.

Sebelum ini terdapat laporan di mana iPhone Xr telah dikurangkan pengeluaran akibat persaingan sengit antara telefon pintar keluaran China terutama sekali Huawei.

Setakat hari ini Apple (AAPL) telah mencatat modal pasaran berjumlah $882 billion susut sebanyak $220 billion seperti yang dicatatkan sebelum ini.

Lagi artikel di ifon.my  Media China Melaporkan Apple Bakal Memperkenalkan iPhone XS, iPhone XS Plus dan iPhone XC

Tahun 2019 merupakan tahun yang paling mencabar buat Apple memandangkan Samsung dan Huawei sedang giat menghasilkan telefon pintar yang lebih berinovasi dengan harga yang berpatutan.

Apple pada ketika ini bergelut dengan produk separuh masak yang akhirnya memberi impak besar terhadap permintaan di pasaran dunia.

Sejak Apple melancarkan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus telah nampak tanda-tanda bahawa mereka ketandusan idea untuk menghasilkan iPhone yang berinovasi.

jony-ive

Walau bagaimanapun, saya menjangkakan tahun 2019 adalah tahun kebangkitan bagi Apple setelah Jony Ive kembali mengemudi dalam rekaan produk Apple.

iOS 13 dan iPhone X1 dan iPhone X1 Max bakal menjadi produk terbaharu hasil kreativiti Jony Ive yang sebelum ini sibuk membangunkan Apple Park.

Secara teori, saya menjangkakan prestasi jualan bagi ketiga-tiga iPhone untuk suku pertama tahun 2019 masih baik dan iPhone Xr, iPhone Xs dan iPhone Xs Max bakal menjadi antara telefon pintar paling laris di dunia.

Lagi artikel di ifon.my  Gara-gara Memuatnaik Iklan Galaxy Note 9 Menggunakan iPhone, Akaun Twitter Samsung Nigeria Ditutup Sepenuhnya

Namun, Huawei dan Samsung akan kekal menjadi pencabar utama Apple memandangkan mereka telah bergerak terkehadapan berbanding Apple yang hanya menghasilkan produk separuh masak.

huawei-p20-pro-header

Antara faktor paling utama mengapa permintaan iPhone semakin lemah adalah tanda harga yang sangat premium serta inovasi separuh masak yang menyebabkan pengguna beralih ke telefon pintar yang lebih berpatutan termasuklah Huawei, Samsung dan Xiaomi.

Dengan berita ini secara peribadi saya sangat gembira memandangkan ia memberi sedikit amaran kepada Apple bahawa pengguna memilih iPhone bukan sebab mereka iFag tetapi tanda harga serta inovasi yang dihasilkan.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Aplikasi Tumblr Hilang Di App Store

Aplikasi Tumblr Dibuang Dari App Store Atas Sebab Pornografi Kanak-kanak