in ,

Aplikasi Tumblr Hilang Di App Store

Hari ini terdapat aduan oleh pengguna di seluruh dunia di mana mereka mendapati aplikasi Tumblr sudah tiada dalam senarai App Store.

Hal ini berlaku setelah pengguna tersebut telah membuang aplikasi tersebut dan ingin memasangnya kembali.

2012-12-04-a6-newtumblrfo-a-Fa

Setakat ini belum dapat dipastikan mengapa aplikasi Tumblr ini hilang di App Store.

Terdapat beberapa teori yang boleh dituntaskan termasuklah ia dibuang sendiri oleh pihak Tumblr atau Apple sendiri telah membuang aplikasi ini kerana melanggar syarat.

Tumblr hakikatnya dimiliki oleh pihak Yahoo sebelum ia dijual kepada Verizon.

Sekiranya anda pengguna Tumblr, saya menasihatkan agar tidak membuang aplikasi ini sementara waktu memandangkan anda mungkin tidak dapat memasangnya kembali.

Lagi artikel di ifon.my  Aplikasi Tumblr Kembali Di App Store

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mi Malaysia Menawarkan Pelan eSIM Pada Telefon Pintar Mereka

Apple Dilaporkan Mengurangkan Pengeluaran Bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr Akibat Permintaan Yang Lemah