in ,

Good Boys Go To Heaven Satukan Penonton Merungkai Misteri Pembunuhan Ahyan

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2026 – Tidak banyak karya tempatan yang mampu mencetuskan perbualan berterusan dalam kalangan penonton selepas setiap episod ditayangkan. Namun, siri premium Good Boys Go To Heaven terbitan Astro Shaw berjaya melakukannya apabila penonton dari pelbagai latar belakang bersatu dalam usaha merungkai misteri di sebalik pembunuhan Ahyan.  

Sejak episod pertama bersiaran pada 8 Mei lalu, siri ini menjadi antara topik paling hangat diperkatakan di media sosial. Penonton bukan sekadar mengikuti jalan cerita, malah aktif mengemukakan teori, menganalisis petunjuk dan berkongsi spekulasi mengenai identiti sebenar pembunuh. Setiap episod baharu terus menambah lapisan misteri, menjadikan pengalaman menonton lebih interaktif dan mengujakan.  

Menurut Penerbit Eksekutif Good Boys Go To Heaven merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, siri ini mencerminkan komitmen Astro Shaw dalam mengangkat mutu penceritaan tempatan ke tahap lebih tinggi menerusi pendekatan kreatif yang berani serta mampu menghubungkan penonton dengan isu yang diketengahkan. Beliau turut menyifatkan sambutan luar biasa yang diterima sebagai bukti bahawa penonton hari ini mahu terlibat secara aktif dalam sesebuah naratif, bukan sekadar menjadi pemerhati.  

Lagi artikel di ifon.my  Abah Saya Uncle Mike: Semangat 1 Malaysia Yang Wajib Ditonton

Kesan siri ini turut melangkaui dunia hiburan apabila Astro Shaw bekerjasama dengan MIASA bagi memperluaskan kesedaran mengenai kesihatan mental serta menggalakkan perbincangan yang lebih terbuka dalam masyarakat. Pendekatan tersebut menjadikan Good Boys Go To Heaven bukan sekadar sebuah karya misteri, tetapi juga medium yang mengangkat isu sosial yang dekat dengan realiti kehidupan.  

Dari sudut pencapaian, siri ini mencatatkan lebih 58 juta tontonan serta 9.5 juta capaian di platform media sosial. Ia turut berada dalam senarai 10 siri paling popular di Netflix selama enam minggu berturut-turut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara kandungan tempatan paling berjaya dan banyak diperkatakan pada tahun ini.  

Kekuatan penceritaan yang diketuai oleh Mira Mustaffa menerima pujian meluas daripada penonton, khususnya kerana keberanian meneroka elemen psikologi dan emosi yang jarang diketengahkan dalam drama tempatan. Naratif yang berlapis serta penuh teka-teki menjadikan setiap episod meninggalkan persoalan baharu untuk dibincangkan.  

Lagi artikel di ifon.my  Generasi: Perfect 10, Kisah Remaja Mengejar Impian Gimnastik

Selain jalan cerita yang kuat, lakonan para pelakon turut menjadi antara faktor utama kejayaan siri ini. Tiga pelakon kanak-kanak yang membawa watak Yasser, Bahamin dan Zayd versi muda menerima pujian kerana berjaya menyampaikan emosi yang mendalam dan meyakinkan. Pada masa sama, interaksi pelakon seperti Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson dan Sky Iskandar di media sosial membantu menghidupkan lagi pengalaman penonton, seolah-olah watak-watak tersebut benar-benar wujud di luar layar.  

Diterajui oleh pengarah Ariff Zulkarnain dan dibarisi pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Sky Iskandar, Firdaus Karim, Malek McCrone, Amanda Ang, Mila Mohsin, Dai Fuad, Marzuki Noh, Zaleha Iman serta Sayf Mikael, Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser yang berdepan trauma selepas kehilangan anak lelakinya, Ahyan, sebelum jasadnya ditemui dalam satu kes pembunuhan yang menggemparkan.   Kesemua episod Good Boys Go To Heaven kini boleh distrim menerusi On Demand, sooka dan Astro Citra (Saluran 108).  

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

PARA PERASUK Bawa Bryan Domani dan Wregas Bhanuteja Temui Peminat Malaysia

Geng Galau: Dari Sebuah Channel ke Komuniti Muzik yang Menyatukan Jiwa