Setelah 23 bulan AirPods berada di pasaran, nampaknya Apple bakal memperkenalkan AirPods 2 pada suku pertama tahun 2019.
Memetik laporan dari Penganalisis Apple Ming-Chin Kuo, beliau menjangkakan Apple bakal melancarkan AirPods 2 pada suku pertama yang memfokuskan kepada pengecasan tanpa wayar.
Manakala untuk tahun 2020, Apple bakal melancarkan AirPods 3 dengan rekaan yang serba baharu berbanding model sedia ada.
Setakat ini belum dipastikan adakah rekaan AirPods 2 akan 100% sama. Namun berdasarkan pra tonton pada Acara Khas Apple pada September 2017, terdapat sedikit perbezaan pada AirPods yang asal.
AirPods 2 dijangka mempunyai lampu ditengah kerangka yang memaparkan status pengecasan.
Walau bagaimanapun ini hanyalah khabar angin semata-mata. Semua bakal terjawab setelah Apple memperkenalkannya kelak.
Sekiranya laporan dari Kuo ini tepat. Bermakna kita terpaksa menerima produk yang mempunyai rekaan yang sama sehingga Apple akhir tahun 2019.
Bagi saya rekaan AirPods antara yang terburuk dalam kebanyakan produk Apple. Walaupun inovasi yang hadir pada AirPods sangat menarik, namun saya berpandangan rekaan bagi AirPods seolah-olah sebuah produk tidak cukup sifat.
Mac 2019 merupakan tarikh yang saya jangkakan untuk Apple mengadakan Acara Khas bagi memperkenalkan beberapa produk baharu.
SEKADAR PANDANGAN