Jika sebelum ini NTT Docomo dari Jepun telah menurunkan harga jualan bagi iPhone Xr.
Apple turut tidak ketinggalan dengan memulakan program Trade-In di mana anda boleh mendapatkan iPhone Xr serendah $449.00 atau sekitar RM2,157.47.
Program Trade-In hanya dilaksanakan di US setakat ini dan pengguna boleh Trade-In iPhone lama mereka kepada yang baharu.
Sebagai contoh, sekiranya anda pemilik iPhone 8 dan kondisi iPhone 8 sangat baik dan tanpa sebarang masalah. Anda layak memperoleh potongan sehingga$300.00 atau sekitar RM1,441.00.
Belum dapat dipastikan sama ada Apple akan memperluas program ini ke Malaysia. Namun dengan menurunkan harga lebih $300.00 jelas menunjukkan bahawa Apple sangat serius untuk memastikan iPhone Xr menjadi model paling laris di pasaran.
Di Malaysia, setakat ini program Trade-In hanya dibuat di beberapa Pusat Jualan Apple yang sah. Namun harga yang ditawarkan sangat rendah dan kurang menguntungkan anda.
Saya akan terus memberi info lanjut berkaitan isu ini sekiranya terdapat maklumat baharu tentang perkembangan ini.
SEKADAR PANDANGAN