in ,

Kuo- Permintaan Bagi Pra Tempah iPhone Xr Pada Minggu Pertama Melepasi iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

Ming-Chin Kuo hari ini telah mengeluarkan laporan bahawa sambutan pra tempah bagi iPhone Xr untuk minggu pertama adalah baik berbanding iPhone 8 dan iPhone 8 Plus bagi minggu sama tahun sebelumnya.

iphone-xr-vs-xs-pre-order-chart

Walau bagaimanapun, Kuo melaporkan bahawa permintaan bagi iPhone Xr adalah rendah berbanding iPhone XS dan iPhone XS Max. Walau bagaimanapun, permintaan bagi iPhone Xr masih baik disebabkan pengguna lebih cenderung memilih iPhone Xr berbanding iPhone 8.

i-Phone-XR-black-back-09122018-carousel-jpg-large

Secara peribadi saya melihat permintaan di Malaysia juga adalah lebih kurang sama walaupun terdapat beberapa syarikat telekomunikasi masih belum membuat pra tempah untuk iPhone Xr.

Bagi iPhone Xs dan iPhone Xs Max, sambutan di kalangan pengguna di Malaysia adalah baik walaupun tiada kekurangan stok yang kronik di beberapa buah pengedar berdaftar.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xr Bakal Menjadi Model Terlaris Di Pasaran

Sumber: macrumors

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Phill Schiller – Maksud R Pada iPhone Xr

Penjual Sah Apple Mula Membuat Jemputan Bagi Pelancaran Produk Terbaharu Apple