in ,

Majoriti Pengulas Teknologi Memilih iPad Pro 2018 Sebagai Gadget Paling Diminati Untuk Tahun 2018

Beberapa hari lepas saya ada menulis berkenaan Majori Pengulas Teknologi Terkemuka Memilih Samsung Galaxy Note 9 dan Huawei Mate 20 Pro Sebagai Telefon Pintar Terbaik Tahun 2018.

Terkini SuperSaf sekali lagi menjemput Pengulas Teknologi untuk memilih gadget terbaik untuk tahun 2018 selain telefon pintar.

Seperti dijangka majoriti Pengulas Teknologi telah memilih iPad Pro 2018 sebagai gadget paling diminati untuk tahun 2018.

Antara tetamu yang diundang termasuklah MKBHD, Uptodateksa2, Uravgconsumer, Booredatwork, Theunlockr, Pocketnow, iJustine,Technobuffalo, C4ETECH dan Austinevans.

Berikut Pengulas Teknologi yang memilih iPad Pro :

Justine Ezarik (iJustine)

Jaime Rivera (Technobuffalo)

judner Aura (Uravgconsumer)

Marques K. Brownlee (MKBHD)

iPad Pro 2018 merupakan produk keluaran Apple dan dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12X serta hadir dengan dua saiz iaitu 11 inci dan 12.9inci.

iPad Pro 2018 telah mula berada di pasaran tempatan dengan harga bermula RM3,599.00 hingga RM8,199.00.

Secara peribadi saya turut bersetuju bahawa iPad Pro antara gadget paling diminati untuk tahun 2018. Walaupun saya belum berkesempatan untuk membelinya, pengalaman saya menggunakan iPad Pro 2018 dalam tempoh 48 jam sangat menakjubkan.

Anda boleh menonton video penuh disaluran YouTube Supersaf.

SEKADAR PANDANGAN

Lagi artikel di ifon.my  Tatacara Serta Panduan Mengemaskini iOS 13

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iTworld Mengadakan Promosi Macbook Air 11 inci Dengan Tanda Harga RM2,499.00

iOS 12.1.2 Public Beta Sedia Untuk Dikemaskini