in

iPad Pro Produk Terbaik Bagi Profesional

Pada Acara Khas yang berlangsung pada 30 Oktober 2018, Apple telah memperkenalkan iPad Pro versi baharu yang merupakan antara produk paling terbaik sejak ia diperkenalkan pada tahun 2015.

Apple-MB293-LL-A-32-GB-i-Pad-Tablet-674357

iPad pada mulanya hanya dua model sahaja diperkenalkan iaitu iPad dan iPad Mini. Namun sejak sambutan terhadap iPad begitu menggalakkan, Apple telah memperkenalkan iPad Pro khusus untuk golongan profesional.

iPad Pro bukanlah calang-calang produk memandangkan ia menggunakan cip pemprosesan siri-X yang mana ia hanya eksklusif pada model ini sahaja.

1832h0rh2am9ejpg

Walaupun iPad Air 2 menggunakan cip pemprosesan Apple A8X, namun ia merupakan model terakhir yang menggunakan cip pemprosesan siri-X.

iPad Pro hadir dengan dua saiz skrin yang berbeda iaitu 11 inci dan 12.9 inci. Kedua-dua model ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12X Bionic yang mana ia antara cip pemprosesan paling berkuasa di dunia dalam kelasnya.

i-Pad-Pro-11-inch-geekbench

Tidak hairanlah Geekbench telah memberikan skor sebanyak 5020 bagi single-core dan 18217 bagi multi-core. Dengan skor yang diperolehi ini sudah cukup membuktikan bahawa ia mampu menandingi skor yang diperoleh oleh PC atau MacBook yang dikuasakan dengan Intel Core i7.

iPad Pro hadir dengan RAM berkapasiti 6GB, serta hadir dengan storan dalaman 64GB, 256GB, 512GB dan 1 TB.

ipad-pro-new

Apa yang menarik pada iPad Pro terbaharu ini adalah paparan skrin yang mempunyai bingkai yang nipis serta menyokong Face ID seperti yang digunakan pada iPhone X, iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Mengesahkan Bahawa Isu Bengkok Pada iPad Pro 2018 Adalah Perkara Normal

Walaupun Apple menggunakan LCD pada paparan skrin bagi iPad Pro, dengan teknologi Liquid Retina Display diharap ia mampu menghasilkan paparan setanding OLED.

iPad Pro hakikatnya tidak akan sempurna tanpa kehadiran Apple Pencil. Umum mengetahui bahawa Apple Pencil (generasi pertama) terpaksa dicucuk pada lubang lightning untuk mengecasnya.

main-qimg-bf27e7862b4e85cc128340431e9789fc-c

Namun, bagi Apple Pencil (generasi kedua) masalah ini telah selesai di mana Apple Pencil hanya perlu diletakkan pada tepi iPad Pro untuk mengecasnya.

ipad-pro-apple-pencil-2

Indikator pengecasan akan dipaparkan setelah Apple Pencil ini dilekatkan pada iPad Pro tersebut.

Berdasarkan transformasi yang dibuat oleh Apple ini, saya boleh menuntaskan bahawa kepimpinan di bawah Jony Ive mula menampakkan hasil yang sangat menakjubkan.

1-hwe5-Nex4j-GPl-Wc1100-AT2w

Kita semua tahu bahawa Jony Ive tidak lagi memfokuskan rekaan produk sejak 2015. Pada ketika itu beliau telah diamanahkan oleh Tim Cook untuk mengetuai dalam rekabentuk Apple Park.

Segala bentuk rekaan industri telah diamanahkan kepada Richard Howart. Setelah Apple Park siap sepenuhnya, Jony Ive telah kembali untuk mengetuai dalam rekaan industri bagi produk Apple.

apple-steve-jobs-theater-01a

Tidak keberatan jika saya katakan bahawa iPad Pro antara produk pertama beliau setelah sekian lama tidak mengetuai dalam rekabentuk bagi produk Apple.

Lagi artikel di ifon.my  iPad Pro 2018 dilancarkan tanpa Home Button

Dengan kehadiran Jony Ive dalam rekaan produk Apple sedikit sebanyak memberi sedikit kelegaan kepada kita setelah sekian lama Apple ketandusan idea dalam mereka bentuk produk mereka.

iPad Pro akan mula dijual di pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Harga jualan adalah seperti berikut:

Harga rasmi iPad Pro 11 inci WI-FI
64GB / RM 3,499.00
256GB / RM 4,149.00
512GB / RM 4,999.00
1TB / RM 6,999.00

Harga rasmi iPad Pro 11 inci WI-FI+Cellular
64GB / RM 4,149.00
256GB / RM 4,799.00
512GB / RM 5,649.00
1TB / RM 7,349.00

Harga rasmi iPad Pro 12.9 inci WI-FI
64GB / RM 4,349.00
256GB / RM 4,999.00
512GB / RM 5,849.00
1TB / RM 7,549.00

Harga rasmi iPad Pro 12.9 inci WI-FI+Cellular
64GB / RM 4,999.00
256GB / RM 5,649.00
512GB / RM 6,499.00
1TB / RM 8,199.00

Adakah iPad Pro produk yang wajib dibeli?

Secara peribadi, iPad Pro hakikatnya memfokuskan kepada golongan profesional, tidak hairanlah harga jualan bagi sebuah iPad Pro berkapasiti 1TB mencecah sehingga RM8,199.00.

Namun semuanya terpulang kepada wang poket anda. Bagi saya iPad Pro merupakan permulaan kepada era baharu bagi iPad Pro.

Tidak keberatan jika saya gunakan slogan “Say hello to the future” sebagai pembuka lembaran baharu bagi iPad dibawah kejuruteraan Apple.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 12.1.1 Public BETA 2 Sedia Untuk Dikemaskini

Pasaran Modal Apple Terus Menjunam Di Bawah Paras $900 Billion