in ,

iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max Hadir Dengan Kapasiti Bateri Yang Tinggi

Apabila menyentuh soal iPhone, antara rungutan yang sering diluahkan oleh Pengguna adalah kapasiti bateri yang sangat rendah.

Tahun lepas Apple telah melancarkan tiga buah model iPhone iaitu iPhone XS Max, iPhone XS dan iPhone XR. Ketiga-tiga model ini hadir dengan kapasiti bateri 3,174 mAh, 2,658mAh dan 2,942 mAh.

Walaupun di atas kertas iPhone XS Max mempunyai kapasiti bateri yang tinggi, namun untuk tahun lepas iPhone XR boleh dianggap model paling lama bertahan dari segi jangka hayat bateri atas faktor spesifikasi.

iphone-11-pro-max-tenaa

Terkini agensi pengawalseliaan dari China TENAA telah melaporkan bahawa iPhone 11 Pro Max, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 mempunyai kapasiti sebanyak 3,969 mAh, 3,046 mAh dan 3,110 mAh.

Lagi artikel di ifon.my  Teknologi 3D Touch Bakal Dilenyapkan Pada Tahun 2019?

289018

Peningkatan kapasiti bateri ini membolehkan iPhone 11 Pro Max bertahan selama lima jam berbanding iPhone XS Max, iPhone 11 Pro empat jam berbanding iPhone XS dan iPhone 11 satu jam berbanding iPhone XR.

Apple turut mengesahkan bahawa peningkatan kapasiti bateri yang tinggi ini mendorong mereka menggunakan perkataan “Pro” pada iPhone terbaharu mereka.

Selain itu juga, ketiga-tiga model ini turut hadir dengan kapasiti RAM sebesar 4GB iaitu menyamai model flagship yang lepas kecuali iPhone 11 yang mempunyai peningkatan 4GB berbanding model iPhone XR yang hadir dengan RAM sebesar 3GB sahaja.

Sebuah lagi laman teknologi iaitu PcMag telah mengeluarkan kenyataan bahawa iPhone 11, iPhone 11 Pro Max dan iPhone 11 Pro hadir dengan modem Intel.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Mula Menjual iPhone 8 dan iPhone 8 Plus (Refurbish) Kepada Pengguna

Sebelum ini Apple berdepan dengan isu saman menyaman dengan Qualcomm yang mengakibatkan Apple tidak lagi boleh menggunakan cip mereka pada iPhone akan datang.

iphone-11-hero

Namun pihak Apple dan Qualcomm telah berdamai baru-baru ini yang memungkinkan Apple bakal menggunakan cip Qualcomm pada iPhone tahun 2020.

Secara peribadi saya menjangkakan penjualan bagi model terbaharu ini akan meningkat berbanding model sebelumnya. Antara faktor utama adalah bateri, kamera serta warna baharu.

Bagi cip pemprosesan A13 Bionic, saya tidak lihat ia satu peningkatan yang ketara. Namun jika dilihat dari segi kapasiti bateri, saya anggap ia merupakan faktor-x bagi model kali ini.

Sumber : Mac Rumors

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 7 Dan iPhone 7 Plus Dihentikan Jualan

Tatacara Serta Panduan Mengemaskini iOS 13