in , ,

SAH: iOS 13 Bakal Diperkenalkan Pada 4 Jun 2019

Sesuatu yang amat dinantikan oleh pengguna iPhone,iPod dan iPad adalah pelancaran iOS terbaharu. Umum mengetahui bahawa iOS bakal dilancarkan sempena acara World Wide Developer Conference (WWDC).

Terkini, MacRumors telah melaporkan bahawa WWDC 2019 bakal diadakan pada 3 hingga 7 Jun 2019 bertempat di McEnery Convention Center di San Jose, California, Amerika Syarikat.

Maklumat ini hakikatnya telah diperolehi dari kalander majlis yang disediakan oleh Pejabat Kebudayaan, San Jose.

Screenshot-2019-02-12-at-11-40-30-PM

WWDC 2019 padat dengan pelancaran iOS 13, watchOS 6, MacOS 10.15 dan tvOS 13. Acara ini akan dipancarkan secara lansung melalui laman sesawang Apple.

Antara perkara yang paling dinantikan oleh pengguna iPhone adalah sejauh mana Apple merevolusikan iOS 13 memandangkan kali terakhir Apple memperkenalkan UI/UX terbaharu pada iOS 7 yang dilancarkan pada tahun 2013.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Watch SE GPS Model A2352 Telah Mendapat Kelulusan Untuk Jualan

Tidak dapat dipastikan adakah Apple akan mengekalkan tradisi dengan merevolusikan iOS 13 secara total memandangkan tempoh kitaran iOS telah tamat.

ios6-ios7-home-screens-1

Secara peribadi saya menjangkakan iOS 13 bakal menerima perubahan drastik disebabkan Apple tidak memberi tumpuan khusus pada pembangunan iOS 12 sebelum ini. Tidak keberatan jika saya katakan iOS 12 hanyalah untuk menstabilkan iOS 11 yang sebelum ini menjerat pengguna dengan pelbagai masalah dan pepijat.

Antara perubahan yang diinginkan oleh peminat iOS adalah sokongan tema gelap serta perubahan dari segi paparan antaramuka termasuklah ikon. iOS dikhabarkan hanya menyokong iPhone 7 dan iPhone 7 Plus ke atas, ini bermakna iPhone 6S dan iPhone 6S Plus kebawah tidak dapat mengemaskini iOS 13.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 11 Telefon Pintar Paling Popular di Dunia

Setakat ini maklumat tersebut hanyalah khabar angin semata-mata, namun tidak semestinya anda menolak atau menerima. Jadikan sebagai panduan untuk anda memilih model iPhone pada masa akan datang.

Ini merupakan ulasan pertama saya berkenaan WWDC 2019 dan iOS 13, saya akan memperincikan berkaitan perkara ini pada penulisan akan datang.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Microsoft, Google Dan Apple

Runtuhnya Apple Kerana Keegoan