Setelah dua minggu iOS 12.2 BETA 2 dilepaskan kepada pengguna. Hari ini Apple telah melepaskan kemaskini BETA 3 untuk iOS 12.2 kepada pengguna yang layak.
Kemaskini ini adalah kesinambungan daripada kemaskini sebelumnya yang mana ia hadir dengan penambahbaikan pada FaceTime Group serta hadir dengan Animoji baharu.
Apple juga turut memperkemaskan privasi pada pelayar web Safari serta fungsi terbaharu pada AirPods yang mana anda boleh memanggil SIRI dengan hanya menggunakan suara.
Walau bagaimanapun, fungsi ini berkemungkinan hanya menyokong pada AirPods generasi kedua.
Bagi pengguna Public Beta, seperti biasa anda boleh mengemaskini iOS 12.2 Public Beta sekitar jam 6.00 pagi ini atau 48 jam dari sekarang.
Bagi versi umum, saya menjangkakan iOS 12.2 dilepaskan secara rasmi sekitar 26 atau 27 Mac 2019 bersempena Acara Khas Apple (sekiranya berlaku).
SEKADAR PANDANGAN