in

iPhone 7 128GB (Black) Dijual Serendah RM1,999.00 Sahaja.

Sekiranya anda sedang mencari telefon pintar flagship dibawah harga RM2,000.00, Switch Malaysia hari ini mula mengadakan potongan bagi iPhone 7 128GB (black) pada harga RM1,999.00 berbanding harga pasaran iaitu RM2,649.00.

2a35cd2a-8719-49f9-a369-8445cb53fb49-1-7ce0f921a93253b7e37f5ed87

Penurunan harga sehingga RM650.00 semestinya memberi penjimatan yang sangat berpatutan memandangkan model ini masih relevan di pasaran.

iPhone 7 hadir dengan cip pemprosesan Apple A10 Fusion, RAM 2GB serta bateri berkapasiti 1960 mAh. iPhone 7 juga merupakan model pertama yang hadir dengan IP67, butang kapasitif, kalis percikan air dan debu serta dibuang bicu bagi fon kepala 3.55mm.

iPhone 7 mula dijual di Malaysia pada 14 Oktober 2016, walaupun model ini telah berusia 2 tahun 4 bulan, namun dari segi prestasi ia masih boleh dibanggakan.

Lagi artikel di ifon.my  Harga iPhone 8/Plus dan iPhone X Dijangkan Turun Pada 13 September 2018

iPhone 7 dikhabarkan akan menyokong iOS 13 kelak serta masih berkemampuan untuk berada di pasaran dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi.

910201511527-AM-635-apple-iphone-6s

Secara peribadi saya amat mengalakkan Pengguna yang kurang berkemampuan namun ingin mencuba produk dari Apple, iPhone 7 antara model paling saya cadangkan berbanding iPhone 6S dan iPhone 5S.

Dengan kapasiti storan dalaman sehingga 128GB, ia mampu menyimpan data lebih banyak berbanding sebelumnya.

Sekiranya anda berminat,boleh terus ke cawangan Switch Malaysia yang terdekat atau melayari laman jualan Switch Malaysia.

SEKADAR BERKONGSI

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

70% Dari 3,065 Responden Cenderung Memilih Pelindung iPhone Tahan Lasak

Adakah Anda Salah Seorang Keldai Kepada Sindiket Penipuan Pembelian Telefon Pintar?