in , ,

Maklum Balas Apple Berkenaan Status Kabel Foxconn

Seperti diketahui sebelum ini saya pernah mengulas berhubung status kabel lightning yang mempunyai penampal Foxconn yang dikatakan asli.

Pics_Art_08-19-12.30.13
Gambar sekadar illustrasi

Oleh kerana isu ini berlarutan, saya telah menghubungi pihak Apple di Singapura untuk mendapatkan kepastian berhubung perkara ini.

Saya akui perkara ini amat sensitif untuk dibincangkan memandangkan ia melibatkan pembeli serta penjual.

Walau bagaimanapun, pihak pembeli seharusnya mempunyai hak untuk mengetahui berkenaan perkara ini. Mungkin sesetengah pengguna akan membenci saya namun saya redha.

Alhamdulillah setelah saya dicerca di sebuah laman Facebook, akhirnya pihak Apple telah menjawab pertanyaan saya dan hari ini pihak Apple Singapura telah menghubungi saya melalui panggilan telefon bagi menjawab soalan tersebut.

Seperti dijangkakan pihak Apple akan mengeluarkan jawapan yang paling selamat iaitu memohon kita membeli di Apple Authorised Reseller (AAR) sahaja bagi memastikan ia asli.

Lagi artikel di ifon.my  iOS 12 BETA 7 Dilaporkan Menyebabkan iPhone Menjadi Perlahan

Namun, pihak mereka menafikan terdapat sindiket yang mengambil kabel lightning secara backdoor atau secara haram. 

Apple memandangkan serius berkenaan proses keluar masuk barangan di kilang. Oleh yang demikian agak luar biasa sekiranya terdapat individu yang mampu mengeluarkan kabel secara haram.

Selain itu, pihak Apple menafikan bahawa mereka menjual kabel di dalam plastik tanpa dimasukkan ke dalam kotak.

Pihak Apple juga memaklumkan bahawa isu ini bukan satu isu baru. Hakikatnya banyak negara luar menghadapi masalah seperti ini.

Umum mengetahui bahawa pihak luar telah berjaya menklonkan cip yang hadir pada kabel lightning. Rujuk laporan di MacRumors

58419cf2ba6eb671018b736a-1136-852
Ihsan Raymus Munt/YouTube

Tahukah anda bahawa terdapat laporan dari hasil penyelidikan bahawa sebanyak 99% kabel lightning yang dijual di pasaran adalah tiruan. Rujuk laporan di Business Insider

Konklusinya, berdasarkan kenyataan tersebut tiada bukti sahih yang mengatakan bahawa kabel yang mempunyai penampal Foxconn adalah asli/genuine/original.

Lagi artikel di ifon.my  Negara Serta Pembekal Perkhidmatan Yang Menyokong eSIM Bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr

Bersama-sama ini saya sertakan call history sebagai bukti bahawa pihak Apple di Singapura telah berhubung dengan saya. 

FB_IMG_1534609495819
Call history

Sekiranya anda tetap merasakan kabel yang dijual diluar adalah asli, saya tiada masalah untuk anda membelinya. Tujuan asal saya adalah untuk mendidik pengguna agar berhati-hati dalam memilih aksesori.

Anda sanggup membeli iPhone yang harga beribu-ribu. Tapi tidak mampu membeli yang asli.

Jika anda tidak mahu pening kepala, beli sahaja kabel lightning yang mempunyai MFi agar ia selamat digunakan.

Tiada isu menyekat periuk nasi sesiapa, saya hanya jelaskan apa yang dinyatakan oleh pihak Apple. Sekiranya anda menjual produk original, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Saya sedih melihat anak-anak Melayu khususnya ditipu hidup-hidup oleh penjual.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Sejauh Manakah Anda Sayang Pada iPhone?

Seng Heng Membuat Potongan Harga RM400 Bagi iPhone X