in

IPPAWARDS: Sertai Pertandingan Foto Terbaik Menggunakan iPhone Dan iPad

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi IPPAWARS akan menutup penyertaan bagi pertandingan foto terbaik menggunakan iPhone dan iPod.

Penyertaan ini dibuka kepada seluruh pengguna iPhone dan iPad di seluruh dunia. Terdapat beberapa syarat yang perlu anda patuhi sebelum menghantar penyertaan ini termasuklah foto anda tidak pernah diterbitkan atau digunakan oleh pihak lain kecuali untuk koleksi peribadi yang diterbitkan di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Anda dilarang sama sekali menyunting gambar tersebut menggunakan perisian komputer seperti Adobe Photoshop, namun anda dibenarkan untuk menyunting menggunakan aplikasi yang terkandung di App Store.

Terdapat beberapa kategori yang layak dipertandingkan termasuklah foto berbentuk Abstrak, Haiwan, Senibina, Kanak-kanak, Floral, Lanskap, Gaya Hidup, Alam, Berita dan Peristiwa, Panorama, Orang, Potret, Matahari Terbenam, Perjalanan, Pokok, Lain-lain.

Lagi artikel di ifon.my  Mekanisme Pulih Semula Bagi iPhone Masa Hadapan

Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah bar emas dan palladium. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 31 Mac 2019. Penyertaan ini perlu di hantar ke laman sesawang https://www.ippawards.com/

prizes-11

Berikut merupakan pemenang yang memenangi pertandingan ini pada tahun lepas:

04-1st-ABSTRACT-Glenn-Homann-1

Glenn Homann
Australia
Tempat Pertama Kategori – Abstrak
Ditangkap Menggunakan: iPhone X

07-1st-ANIMALS-Robin-Robertis-1
Robin Robertis
Amerika Syarikat
Tempat Pertama Kategori – Haiwan
Ditangkap Menggunakan: iPhone 7 Plus

16-1st-FLORAL-Alison-Helena-1
Alison Helena
Amerika Syarikat
Tempat Pertama Kategori – Flora
Ditangkap Menggunakan: iPhone 7

40-1st-PORTRAIT-Scott-Woodward-1
Scott Woodward
Singapura
Tempat Pertama Kategori – Portrait
Ditangkap Menggunakan: iPhone 6S

Senarai penuh bagi pemenang dan gambar boleh dilihat di laman sesawang  https://www.ippawards.com/gallery/

Diharapkan ada dikalangan rakyat Malaysia bakal dinobatkan sebagai pemenang dan merangkul hadiah utama. Jika dilihat kemahiran rakyat Malaysia menangkap gambar sangat menarik dan tidak mustahil bakal mengharumkan nama Malaysia.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Jangka Hayat Bateri iPhone Memberi Kesan Jika Anda Bermain Aplikasi Permainan?

Setiap gambar yang dihantar akan dicaj sebanyak $3.50 atau sekitar RM14.27, oleh yang demikian anda harus memiih gambar yang terbaik untuk melayakkan anda dinobatkan sebagai pemenang.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Mengumumkan 10 Orang Pemenang Dalam Pertandingan Menangkap Gambar Menggunakan iPhone

iOS 12.2 BETA 4 Sedia Untuk Dikemaskini