in ,

iPad Generasi Kelapan Telah Mendapat Kelulusan Jualan Di Malaysia

Sebelum ini Apple telah melancarkan iPad Generasi ke-8 (Gen-8) pada 16 September 2020, setakat ini beberapa buah negara terutama Amerika Syarikat dan Singapura telah mula menjual produk tersebut.

Screenshot-2020-09-28-at-8-13-07-PM

Hari ini Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau SIRIM Berhad telah meluluskan produk Apple dengan model A2270 yang berkemungkinan iPad Gen-8.

Screenshot-2020-09-28-at-7-50-34-PM

iPad Gen-8 ini hadir dengan skrin retina 10.2-inci dan dijana dengan A12 Bionic serta menyokong Apple Pencil generasi pertama dan Smart Keyborad. Harga jualan bagi model ini adalah seperti berikut:

iPad Wi-Fi
32GB – RM1,449.00
128GB – RM1,849.00

iPad Wi-Fi + Selular
32GB – RM1,999.00
128GB – RM2,399.00

Bagi saya iPad Gen-8 dan iPad Mini Gen-5 antara model paling minimum untuk dibeli pada ketika ini bagi segmen iPad. Ini kerana model terdahulu sudah mempunyai jangka hayat yang pendek kerana menyokong cip pemprosesan A10 Fusion ke bawah kecuali A10X Fusion yang terdapat pada iPad Pro.

Screenshot-2020-09-28-at-7-55-57-PM

Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah ia akan dijual di pasaran Malaysia, namun beberapa Pusat Jualan Apple telah memberi gambaran ia akan dijual tidak lama lagi. Berikut ramalan bagi tarikh jualan bagi iPad Gen-8:

  • 2 Oktober 2020
  • 9 Oktober 2020
  • 16 Oktober 2020
Lagi artikel di ifon.my  Apple Melancarkan iPad Mini Dan iPad Air Terbaharu

Oleh itu, saya menasihatkan pengguna yang ingin membeli iPad 10.2-inci agar menunggu versi baharu ini dijual ke pasaran Malaysia.

 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ramalan Harga iPhone 12

Berapakah Kapasiti Storan iPhone Siri 12