in , , ,

iPhone 12 Bakal Menimbulkan Situasi Panik Dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia?

Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan berhubung iPhone 12 yang dijangka akan dilancarkan pada 14 Oktober 2020.Setakat ini belum dapat dipastikan bila model ini akan dijual ke pasaran Malaysia. Namun saya meramalkan ia akan dijual seawal pertengahan atau akhir bulan November. Saya percaya ramai dalam kalangan Pengguna menantikan iPhone 12.

960x0

Mungkin ramai pengguna menangguh pembelian iPhone siri 11 semata-mata mahu membeli iPhone 12. Berdasarkan rekod, jumlah pengguna iPhone 6/Plus adalah paling ramai di dunia iaitu sekitar 220 juta.

Tidak mustahil di Malaysia majoritinya adalah pengguna iPhone 6/Plus dan iPhone 5S. Kedua-dua model ini hakikatnya tidak lagi menyokong iOS 13 dan ke atas. Maka mereka tiada pilihan sama ada untuk membeli iPhone SE (2020), iPhone 8 ke atas atau iPhone 12.

Namun bukan semua yang mampu untuk menaik taraf iPhone terbaharu. Secara dasarnya tiada masalah untuk anda menggunakan iPhone 6/Plus ke bawah memandangkan masih banyak aplikasi yang menyokong iOS 12.

Walau bagaimanapun, mungkin ada dalam kalangan Pengguna mahu menaik taraf iPhone terbaharu setelah sekian lama menabung untuk mendapatkan iPhone kesayangan mereka. Setakat ini tiada kenyataan rasmi berhubung harga iPhone 12.

Namun berikut ramalan harga bagi iPhone 12 berdasarkan perspektif saya :

iPhone 12 Pro
$999/RM4,899.00

iPhone 12 Pro Max
$1,099/RM5,299.00

Lagi artikel di ifon.my  Microsoft, Google Dan Apple

iPhone 12 Mini
$699/RM3,399.00

iPhone 12
$749/RM3,599.00

Berdasarkan senarai di atas, saya melihat harga iPhone bagi tahun ini masih terkawal walaupun semuanya berada dalam lingkungan RM3,000.00 ke atas. Namun iPhone adalah iPhone, ia berbeza dengan telefon pintar lain yang ada di pasaran walaupun menggunakan spesifikasi hampir sama.

Tapi mengapa saya nyatakan Pengguna di Malaysia mungkin panik setelah iPhone 12 dijual di Malaysia kelak? Kita semua tahu iPhone 12 mungkin tidak disertakan palam pengecas serta earpod.

Bagi saya mungkin ramai yang sudah mengetahui dan menerima hakikat iPhone 12 tidak akan disertakan aksesori tersebut. Sebenarnya isu yang merisaukan saya adalah jenis kabel lightning yang akan disertakan bersama iPhone 12.

Saya tertarik dengan gambar yang dikongsi oleh @laobaiTD yang dikatakan pengganti kepada kabel lightning yang sedia ada. Dari segi bahan binaan dan kualiti saya lihat terdapat perubahan yang drastik berbanding sebelum ini.

Saya bukan mahu menceritakan tentang kualiti kabel lightning terbaharu. Saya tertarik dengan jenis kabel lightning yang akan disertakan bersama iPhone 12.Berdasarkan gambar jelas menunjukkan bahawa kabel lightning tersebut menggunakan USB-C ke lightning. Berbeza dengan kabel lightning terdahulu yang menggunakan USB-A.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Watch Doktor Peribadi Anda

Eiq-RHg2-XYAIm-DA9

USB-C ke lightning kali pertama disertakan bersama iPhone 11 Pro/Max. Jika semua model iPhone 12 disertakan dengan USB-C, maka pengguna iPhone selain iPhone 11 Pro/Max perlu membeli palam pengecasan USB-C.

Palam pengecasan USB-A yang anda gunakan sekarang tidak sepadan dengan kabel USB-C yang disertakan oleh Apple. Jika benarlah Apple mahu menjaga alam sekitar, ini bukan satu penyelesaian kepada isu tersebut. Maka anda terpaksa membeli palam pengecas USB-C berharga RM149.00 secara berasingan. Jika sebaliknya anda tidak boleh mengecas iPhone kecuali menggunakan pengecas tanpa wayar.

Ej-ZPd-Nx-U8-AEGWi1

Saya percaya kabel USB-C mungkin disertakan pada model iPhone 12 Pro/Max. Jadi Pengguna harus bersedia untuk membeli palam pengecas USB-C jika aksesori tersebut tidak akan disertakan dalam kotak.

Saya kuatir segelintir pengguna mungkin merasakan mereka tiada masalah untuk membeli iPhone 12 walaupun tidak disertakan dengan palam pengecas kerana mereka sudah mempunyai aksesori tersebut.

Apabila pulang ke rumah, sudah tentulah mereka akan panik kerana kabel pengecas iPhone 12 tidak sepadan dengan palam pengecas sedia ada. Konklusinya, berdasarkan penjelasan saya ini mungkin ada dalam kalangan kita fikirkan isu tersebut agak remeh.

Namun percayalah, jika kita tidak memaklumkan dari sekarang sudah tentulah ia akan menimbulkan situasi panik dalam kalangan pengguna.

Kredit gambar: DailyExpress / EverythingApplePro

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Berapakah Kapasiti Storan iPhone Siri 12

Apple Watch Doktor Peribadi Anda