Sekiranya anda sudah memiliki iPhone 12 adakah berminat untuk naiktaraf iPhone 13?
Setakat ini tidak boleh disahkan secara rasmi rekaan iPhone 13 . Namun tidak mustahil rekaannya seperti gambar sebelah kiri kerana diinspirasikan dari lukisan CAD.
Gambar: @RendersbyIan
Secara dasarnya, kedudukan lensa kamera sahaja yang membezakan kedua-dua model ini. Transisi sedemikian bukanlah perkara baharu, malah model sebelumnya juga telah mempraktikan kaedah yang sama.
iPhone XR dan iPhone 11 merupakan model yang hampir sama sahaja. Bezanya hanyalah pada lensa kamera, cip pemprosesan dan kapasiti mAh bateri. Jika saya pengguna iPhone XR, tidak mungkin saya akan menaiktaraf iPhone 11 semata-mata kerana kamera.
iPhone 13 besar kemungkinan dijana dengan cip A15 Bionic, takuk yang lebih kecil, 3,095 mAh serta penambahbaikan pada kualiti kamera. Manakala iPhone 13 mini mempunyai ciri yang sama dengan kapasiti bateri 2,406 mAh.
Sejujurnya perubahan seperti ini belum cukup kuat untuk saya laburkan ribuan ringgit semata-mata mendapatkan produk yang hampir sama sifatnya. Namun jika saya pengguna iPhone 8 ke bawah, sudah semestinya akan memilih iPhone 13.
Seperti saya nyatakan sebelum ini, setiap orang mempunyai citarasa berbeza termasuklah:
1. Sanggup habiskan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan iPhone. Kerana baginya ia satu kepuasan.
2. Menggunakan iPhone sehingga rosak
3. Seorang pencinta inovasi
Konklusinya, iPhone 12 dan iPhone 13 besar kemungkinan tidak mengalami perubahan yang drastik.
Disebabkan itulah Apple cuba bermain dengan psikologi pengguna dengan mengubah kedudukan kamera supaya pengguna yang telah membeli iPhone 12 mempunyai sebab untuk naiktaraf iPhone 13 kelak.
SEKADAR PANDANGAN