in , , ,

Inkarnasi Sebuah Telefon

Saya melihat beberapa pengeluar telefon pintar cuba untuk menghidupkan kembali zaman kegemilangan mereka dengan penjelmaan semula telefon yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.Nokia sebagai contoh, mereka cuba untuk memperkenalkan kembali Nokia 3310 edisi baharu. Nokia 3310 pertama kali dilancarkan pada tahun 2000 dan telah terjual sebanyak 126 juta unit.

Walaupun model ini dianggap paling berpengaruh. Hakikatnya Nokia 1100 adalah telefon paling popular di dunia dan telah terjual sebanyak 250 juta unit.Nokia 3310 edisi baharu diperkenalkan pada tahun 2017.Berita kemunculan kembali Nokia 3310 telah menjadi berita utama dan ramai Pengulas Teknologi berbicara tentang produk ini walaupun Nokia 3310 bukan sebuah telefon pintar.

Pada awal kehadiran telefon ini, jualan HMD sedikit meningkat. Walakin begitu, peningkatannya hanya bersifat sementara.Selain Nokia, Motorola turut memperkenalkan Motorola Razr 5G yang merupakan inkarnasi dari Motorola Razr (2003). Jika anda hidup sezaman dengan saya, sudah semestinya mengenali telefon lipat ini.Boleh dikatakan Motorola Razr pada ketika itu setaraf dengan iPhone kerana terdapat unsur-unsur kemewahan.

Lagi artikel di ifon.my  Kebangkitan Apple

Walaupun Motorola Razr berjaya mencipta nama pada waktu tersebut. Malangnya DNA tersebut tidak berjaya dibawa pada zaman ini.Seperti yang berlaku pada Nokia 3310. Motorola Razr juga turut mendapat liputan meluas seluruh dunia.

Ramai yang menantikan saat kehadiran telefon pintar ini. Pada awal pelancaran boleh dikatakan sambutan sangat menggalakkan.Kebanyakan Pengulas Teknologi membuat ulasan tentang produk ini. Namun selang beberapa lama, pengaruh telefon pintar ini semakin pudar. Besar kemungkinan faktor harga yang sangat tinggi membuatkan pengguna tidak membelinya.

Saya berpandangan, kebangkitan model terdahulu hanya bersifat sementara. Tidak keberatan jika saya katakan ia hanya sekadar gembar-gembur. Blackberry juga boleh dijadikan sebagai rujukan mengapa perkara ini berlaku.Terkini, BlackBerry juga bakal melancarkan model terbaharu yang akan diperkenalkan oleh OnwardMobility.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone- Beli Secara Tunai Atau Pakej Dari Syarikat Telekomunikasi?

Menariknya, Blackberry dengan sokongan 5G ini bakal menggunakan papan kekunci fizikal serta sokongan 5G. Cuma tidak dipastikan sama ada telefon pintar ini bakal menarik perhatian ramai atau suram seperti yang berlaku pada model-model sebelumnya.

Konklusinya, walaupun sesebuah telefon tersebut mempunyai sejarah yang ulung. Malangnya pengguna lebih mencari sesuatu yang memberi impak dari hidup mereka berbanding nostalgia masa lalu.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kenalan Legasi: Perkongsian Maklumat Peribadi Setelah Meninggal Dunia

Pixel Pencabar Signifikan iPhone