in ,

Ramalan Awal iPhone 14

kredit: 9to5mac

Menurut pakar dalam industri panel skrin Ross Young. Apple bakal melancarkan panel skrin berlubang dan berbentuk pil pada iPhone 14 Pro serta iPhone 14 Pro Max. Ross Young antara individu yang boleh dipercayai dan kebanyakan maklumat yang dikongsi adalah tepat.

Sebelum ini John Prosser turut berkongsi lakaran bagi iPhone 14 yang menggunakan skrin berlubang. Menurutnya iPhone 14 Max dan iPhone 14 kekal menggunakan takuk manakala iPhone 14 Pro serta iPhone 14 Pro Max akan menggunakan skrin baharu.

Lagi artikel di ifon.my  Semua tentang iPhone 2018 yang kita tahu setakat ini

Terkini, Haitong International Securitie telah berkongsi satu laporan bahawa semua model iPhone 14 bakal hadir dengan kadar segar semula 120Hz. Bukan itu sahaja, semua model turut hadir dengan ingatan capaian rawak berkapasiti 6GB.

Bagi saya terlalu awal untuk Apple meletakkan kadar segar semula 120Hz pada iPhone segmen separa andalan.Saya menjangkakan kadar segar semula 120Hz ProMotion eksklusif untuk iPhone andalan. Begitu juga harga bagi iPhone 14 yang dikhabarkan akan meningkat. Setakat ini saya masih konsisten untuk mengatakan bahawa tiada kenaikan pada iPhone akan datang.

Isu kenaikan harga iPhone saban tahun dilaporkan yang akhirnya kontradiksi dengan apa yang dilaporkan. Kebiasaannya laporan yang hampir tepat bakal dizahirkan pada bulan Julai dan Ogos. Maka pada peringkat awal kita bakal menerima pelbagai bentuk laporan yang perlu ditapis.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 2018 Bakal Hadir Dengan Storan 512GB Dan Bakal Menyokong Apple Pencil

SEKADAR PANDANGAN

Gambar sekadar ilustratsi: 9to5mac

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ramalan Harga iPhone 13

Apple Memaksa Pengguna Kemas kini iOS 15?