in

Dan Riccio “Hampir Bersara”

Dan Riccio bukanlah satu nama baharu, beliau antara salah seorang individu penting sewaktu era Steve Jobs.Beliau antara tulang belakang kepada pelancaran iPhone, iPad dan Mac.

Era Tim Cook pula beliau bertanggungjawab kepada peralihan Apple Silicon serta pembangunan Vision Pro.Tiada waktu khusus bila beliau akan bersara, namun menurut Bloomberg tidak lama lagi.

Perubahan kepada kepimpinan penting dan sudah sebati bagi sesebuah organisasi.Kendatipun begitu, pemergian beberapa orang penting seperti Jony Ive, Evans Hankey dan lain-lain sedikit sebanyak memberi tempias kepada masa depan Apple.

“Tentera” Steve Jobs mula meninggalkan Apple, semua tertumpu kepada Tim Cook untuk mengemudi Apple ke landasan betul.Saya antara peminat Dan Riccio selain Craig Federghi, John Ternus dan Jeff Williams.

Lagi artikel di ifon.my  Scott Forstall Dan Masa Depan Apple

Persaraan Dan Riccio sudah pasti akan memberi kesan kepada Apple walaupun tidak terlalu radikal.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kadar Segar Semula 120Hz Penting untuk sebuah iPhone?

Penjenamaan Apple ID Kepada Akaun Apple?