in , ,

Scott Forstall Dan Masa Depan Apple

Hari ini saya terdetik untuk menerbitkan penulisan yang merupakan sambungan dari Apple Leadership.

Jika semalam anda mengenali Angela Ahrendts, kali ini saya mahu memfokuskan individu paling saya kagumi selepas Steve Jobs iaitu Scott Forstall.

Jika anda peminat setia Apple tentu sekali anda mengenali individu ini. Tanpa beliau, anda tidak mungkin merasai pengalaman menggunakan iOS pada iPhone, iPod dan iPad.

Individu ini jugalah yang memperkenalkan konsep Aqua pada Mac OSX dan seterusnya membantu Apple untuk menjadi antara syarikat gergasi nombor satu di dunia.

Scott Forstall merupakan individu paling berpengaruh ketika di zaman Steve Jobs. Desas desus mengatakan beliau bakal menggantikan Steve Jobs terus kedengaran semasa Steve Jobs dalam tempoh bercuti sakit.

Walaupun tugas penting telah diamanahkan kepada Tim Cook selaku orang kanan Steve Jobs. Namun, Jika dilihat dari segi penghasilan inovasi Scott Forstall individu yang paling layak untuk menggantikan Steve Jobs.

Scott Forstall boleh ibaratkan sebagai bayangan Steve Jobs kerana jika anda mengikuti kisah hidup beliau, ia seakan sama seperti Steve Jobs.

Scott Forstall telah diambil oleh Steve Jobs semasa mereka di syarikat Next, iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Steve Jobs.Seperti diketahui, Steve Jobs terpaksa meninggalkan Apple Computer memandangkan pada ketika itu hampir semua ahli lembaga pengarah kurang senang dengan cara Steve Jobs bekerja.

Scott Forstall jugalah antara individu yang bertanggungjawab dalam pembangunan Safari.Sebelum iPhone terhasil pada tahun 2007. Steve Jobs telah mencabar Scott Forstall dan Tony Fadell, dalam membangun sistem operasi untuk iPhone.

Seperti diketahui Tony Fadell merupakan bapa pembangunan iPod manakala Scott Forstall berkemahiran dalam pembangunan OSX.

Lagi artikel di ifon.my  Ceritera iOS 14

Anda tahu siapa yang menang?

Sudah tentu Scott Forstall, iOS yang kita guna sekarang bukanlah iOS yang asal. Sebelum ini iOS direkabentuk menggunakan rekaan skeuomorphism yang menjadikan iOS antara rekaan paling terbaik di dunia.

Namun, sejak kematian Steve Jobs bermulalah era kejatuhan Scott Forstall di Apple. Antara sebab utama Tim Cook membuang Scott Forstall adalah disebabkan keengganan beliau untuk meminta maaf kepada pengguna iOS atas kekurangan pada aplikasi Maps.

Selain itu, terdapar ura-ura mengatakan bahawa pihak tertinggi Apple kurang selesa untuk mengadakan perbincangan dengan beliau kerana Scott Forstall memandangkan beliau mempunyaI sifat yang degil.Sejak pemergian Scott Forstall, kita dapat lihat tiada inovasi yang setanding dengan inovasi yang beliau hasilkan sebelum ini.

iOS, SIRI dan iCloud antara inovasi paling hebat sejak Apple beralih dari Apple Computer kepada Apple Inc. Semuanya adalah dari hasil usaha beliau, walaupun SIRI bukanlah inovasi yang asli dari Apple.

Secara peribadi, Scott Forstall harus kembali ke Apple untuk meneruskan kembali legasi Steve Jobs.Memang tidak dinafikan Scott Forstall mempunyai perangai degil. Namun, Apple perlu berfikir kembali idea yang beliau usahakan sebelum ini.

Jika steve jobs dibuang disebabkan oleh karenahnya, hal ini samalah seperti Scott Forstall.Sejak pelancaran iOS 12 beberapa hari lepas saya dapat melihat kehebatan Craig Federighi mula dipersoalkan.

Jika dulu beliau menerima respon positif berhubung pembangunan iOS 7 dan OSX Yosemite. Namun pada hari ini nampaknya taringnya mulai tumpul.

Apple perlu berada di landasan yang betul. Bukan mengaut keuntungan semata2.Memang tidak dinafikan keuntungan kasar bagi Apple untuk tahun 2015 sangat tinggi iaitu hampir 900 billion ringgit. Namun, kita dapat lihat tahun 2018 antara tahun yang agak suram berbanding sebelum ini.

Lagi artikel di ifon.my  Tatacara Serta Panduan Mengemaskini iOS 13

Sejak Tim Cook mengambil alih Apple. Banyak pembaharuan yang telah beliau lakukan. Antaranya melantik Paul Devene yang merupakan bekas CEO Yves Saint Laurent yang merupakan jenama pakaian mewah yang berpengkalan di Perancis, sebagai Timbalan Presiden bagi projek khas.

Yang menjadi persoalanya, mengapa Tim Cook melantik beliau? Terdapat desas desus mengatakan bahawa , Apple cuba untuk menjadikan jenama mereka setanding jenama mewah yang lain. Tidak hairanlah Apple Watch pernah dijual pada harga RM80,000.

Selain Paul Devene, Tim Cook juga melantik Bekas CEO Burberry untuk membantu Apple untuk mentransformasikan Apple Town Square.

Tim Cook nampaknya semakin ghairah untuk menaikkan jenama Apple di persada antarabangsa. Namun, beliau lupa Apple masih memerlukan inovasi baharu bagi memastikan hala tuju mereka tercapai.

Secara peribadi, tiada yang hendak dibanggakan jenama Apple pada masa sekarang. Ia hanyalah sebuah syarikat yang menghasilkan peranti yang mesra pengguna sahaja.

Hakikatnya disini, saya melihat Apple lebih kepada inovasi kitar semula.

Saya akui, anda mungkin kurang senang dengan penulisan ini, namun saya melihat inovasi Apple sudah tidak seperti dulu. Jika sebelum ini saya kuat mengherdik Samsung. Namun sekarang saya banyak memuji.

Mungkin ramai yang akan bertanya ke manakah beliau sekarang. Setakat info yang saya ketahui beliau banyak membantu isteri beliau dalam bidang teater.

Menyimpang terus bidang yang beliau usahakan sekarang. Namun, dengan insentif yang beliau dapat ketika di era Steve Jobs sudah cukup untuk beberapa keturunan.

Saya bukan ifag, tapi pencinta inovasi. Dan saya tidak akan menggunakan ayat rindu zaman Scott Forstall.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah Bateri iPhone Anda Bermasalah Jika Kerap Bermain Game?

Android Kekal Sistem Operasi Paling Popular Di Malaysia