in

PICO 4 Ultra Set Kepala Realiti Campuran Dilancarkan di Malaysia

Hari ini berlangsung pelancaran PICO 4 Ultra peranti dalam kategori realiti campuran (MR) yang bakal menjadi pencabar Vision Pro daripada Apple. 

Kehadiran PICO 4 Ultra membuka lembaran baharu dalam dunia MR sekali gus menawarkan pengalaman yang memukau saat menggunakannya. 

PICO 4 Ultra dilengkapi dengan dua kamera RGB 32-megapixel dan kamera pengesan kedalaman iToF, memberikan pengalaman passthrough warna definisi tinggi stereoskopik yang luar biasa. 

Selain itu, peranti ini memperkenalkan konsep ruang kerja panorama, menyokong operasi berbilang tetingkap yang meningkatkan kecekapan dan keselesaan berbilang tugas.

PICO 4 Ultra turut diintegrasikan dengan Windows dan macOS yang ternyata memberi ruang kerja lebih menarik dalam dunia realiti. 

Set kepala PICO 4 dijana dengan Snapdragon XR2 Gen 2 dengan peningkatan CPU sebanyak 20% serta GPU sehingga 250%. Selain itu turut menyokong Ingatan Capaian Rawak sebesar 12GB dengan storan dalaman 256GB. 

PICO 4 mendukung Wi-Fi 7 serta Bluetooth 5.3 yang menjanjikan pengalaman menggunakan MR lebih lancar dan stabil. Senarai penuh spesifikasi KLIK DI SINI

Kami telah mencuba set kepala PICO 4 Ultra, pujian boleh diberikan kepada PICO kerana menghasilkan sebuah produk yang mampu mencetus fenomena baharu dalam dunia MR. 

Tidak perlu mengeluarkan wang puluhan ribu untuk merasai pengalaman menggunakan set kepala MR. Tidak dinafikan Vision Pro mempunyai kelebihan tersendiri. Namun begitu, PICO 4 Ultra dianggap sebuah MR yang berjaya. 

Anda harus mencuba sendiri barulah dapat menzahirkan apa yang saya perkatakan. PICO 4 Ultra dijual pada harga RM2,799 dan boleh pra-pesanan bermula hari ini di laman Shopee, Lazada dan lain-lain. 

Kehadiran PICO 4 Ultra untuk pasaran Malaysia ternyata mampu mencorakkan dunia MR khususnya peminat dunia realiti maya ini. 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Buka Kotak vivo V40 5G

Dilema : iPhone 15 Pro atau iPhone 16?